Saturday, June 28, 2008

Amalan tujuh kalimat

Dalam kehidupan seharian, kita pasti melakukan sesuatu perkara sama ada perkara itu zahir mahupun batin. Bayangkanlah kita dapat amalkan ayat - ayat memuji nama Allah dalam segala tindak tanduk kita. Pastinya para malaikat berebut - rebut untuk mancatat amalan yang kita lakukan.



seperti kebanyakan orang arab mesir, saya sudah banyak perhatikan mereka selalu mengamalkan lafaz bismillah dalam apa jua perkara yang mereka ingin lakukan, hatta ketika ingin memulas stereng kereta juga masih mampu mengucapkannya. saya begitu tersentuh jika melihat golongan seperti ini. Jika difikirkan memanglah mereka ini orang arab dan lafaz itu adalah dalam bahasa arab, tapi hakikat sebenarnya kerana mereka selalu mengingati Allah. Saya selalu berkata pada diri sendiri alangkah bagusnya saya dapat istiqamah dalam melafazkan kata - kata indah memuji Tuhan yang Esa.



1. Mengucap Bismillah pada setiap kali hendak
melakukan sesuatu.



2. Mengucap Alhamdulillah pada setiap kali selesai
melakukan sesuatu.



3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah terselip
perkataan yang tidak patut.



4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan
berbuat sesuatu.



5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah
jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tidak diingini.



6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.



7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidah.



Saya masih lagi cuba mempraktikkan dan tidak dapat dinafikan pada awalnya memang susah untuk membiasakan diri menyebut kalimah tauhid ini, akan tetapi saya yakin dengan diri sendiri bahawa dapat melakukannya..


saya mengajak saudara - saudari sekalian agar dapat melaukannya juga. Tidakkah kamu semua terfikir alangkah manisnya mulut kita jika sentiasa menyebut kalimah yang Allah sukai..mudah mudahan kita terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa -dosa kecil walau sebanyak busar di laut.


mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat, mudah-mudahan selalu,
walau susah mudah-mudahan buat jadi selesa, karena sudah biasa.. wallahua`lam^^

Wednesday, June 11, 2008

20 Petua Jangan

1.Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Melewat - lewatkan urusan Allah, kang Allah lewat2 kan hisab kite kat akhirat nti..kalau terlajak tidur, sedar trus solat ler.



2.Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.



3.Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.



4.Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.



5.Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki kurang (kerana pagi2
pintu berkat Allah terbuka luas untuk orang mukmin). Jangan byk tido..kang mati mata terbukak takleh tido dah..hehe.



6.Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.



7.Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. matak katak ler..



8.Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.



9.Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa. jgn asyik usyar awek arab jer..hehek..



10.Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.



11.Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.



12.Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. orang kiter ni, mintak maaf time raye jer.. isk2.. pastu time pkse..isk..isk.. umat..umat..



13.Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.



14.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.



15.Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dalam ketaatan kepadaNya dan memurahkan rezeki kita.



16.Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.



17.Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. korang sker ker klau org bohong kat ko..huhu



18.Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.



19.Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



20.Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab
semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. JANGAN LAGNGGAR HUKUM ALLAH...!!!

Saturday, June 7, 2008

Tag


TAG DARI PENCINTA ILAHI

Salam sejahtera.. ha pelik tengok gambar tuh? taknyer pelik la..tu gambar rokok dengan pemetik api. Hari ni sebenarnya aku baru lepas berhempas pulas dalam dewan imtihan madah syubhat haula quran..boleh tahan lah soalan dia..sakit kepala dibuatnya. Balik bukak blog, saja2 usyar jejak blogger sekali kene tag dari sorang ustaz nie..alahai.. aku x pandai laa main tag2 nie.. sebab ni la kali pertama kne tag dari budak2 blog. tkpe.. aku dah try..bknnyer susah pun..heheh. yg kaki komputer insyaAllah dia pikap dapat tangkap apa yg dia nk..
skali pikir apa motif permainan ni sebenarnya..atas masing2 la..hanya sekadar satu permainan.
syukran kat pencinta ilahi k..

Ni cara nak mainnye...

Dalam gambar ade dokumen,
Dokumen tersembunyi tak boleh lihat,
Pelbagai kaedah menyorok dokumen,
Cuba lah carik jangan penat.

Tips:- Sila Klik Gambar atas ni dulu. Kemudian...save gambar ni pada format *.jpg. Gunakan kaedah open with --> Winzip @ Winrar untuk melihat kandungan fail ini. Isikan nama anda dalam fail yang dikepilkan, kemudian tag 10 orang kengkawan anda lah~ Dengan ini senarai nama semakin bertambah....

aku maleh nk tag org sebenarnya.. sebab aku benci rokok!!!!

Wednesday, June 4, 2008

Makanlah buah-buahan tempatan (off topic)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...adui.. lama x update ni... sibuk sangat laa gayanyer.. imtihan x abis lagi . Asal imtihan jer sakit kepala.. asal sakit kepala jer imtihan..
kenapa? sebab mengade-ngader? eh dok pun.. sebab itu perkara biasa..otak penat kan..neuron urat2 dlm kepala telah bersimpul agaknya sesekali kene rehat jgak.. rehat ubat dia..tido laa woi..Photobucket

Doa2 laa imtihan tahun ni najah dengan cemerlang.. kadang2 rasa putus asa nk study nasib ade semangat dari ahli bait..dan kawan2..pastu pikir masa depan, rugi pulak kalau malas2 ni.. kater nk berbakti pada keluarga, masyarakat..bangsa dan negara.. kata nak kahwin awalPhotobucket, eh eh kesitu lak dia..

budak umah aku ni ada yg da abis imtihan.. seronok jer tengok, siap wat sarkas lagi kat rumah..pasang tv lak kuat2 ..cam wat konsert haha bgusnyer lah ahli bait aku nie..siap la korangl!!Photobucket Tahun ni ijat balik malaysia..tak tau laa nko kene aper nti kat sana..pesanan tuk ijat harap2 ko jadi laa bdak yang baik dan jadi anak yang soleh taat kepada ibu bapa dan berbaktilah kepada mereka..huhu..nti ko kerja la part time jadi Qadhi Jaip ker.. imam besar msjid temerloh jaya tu..jangan aku dgar ko masuk AF kat sana sudah.

Tengah2 hanget org cite nak balik mesia ni... rasa nk balik jugak.. tp ckuplah tahun lepas da balik. lepas dah rindu tu skit..org kata amik semangat baru kan. Tunggu2 jugak time tepon tu mak tanya x nak balik ker? tapi.. tak tanyer pun..huhu bior jer laa..insyaAllah.. tahun ni tahun aku pegi kelas tafaquh.. dengan ini saya melancarkan bahawasanya tahun ini adalah tahun kelas tafaquh hazwaAAaAaann(tepuk tangan) jangan nak kacau2 aku la yer.. tapi kalau der lawan bola jangan tak ajak plak hehe.

Jadual aku selepas imtihan ni banyak menanti..huhu. aku nk update blog bkmip lagi..pastu nk usyar2 travel umrah. Ingat nak pegi umrah dengan isteri..lupa plak tak kawen lagi.hah sape nak p umrah? moh laa pegi sama2..ada jgak member kan. Contact2 laa aku tau.
hermm..insyaAllah.. ada rezki nak sgt pegi sana. nanti lain kali wat haji plak kan..org muda2 laa syok pegi mekah..tenaga kuat leh byk wat ibdah skit huhu..

Ha dalam x sedar skang dah masuk pertengahan bulan dah.. bulan 6..bulan kelahiran aku. haa time ni banyak laa durian,langsat,duku..manggis..epal erkk.! rambutan dan byk lagi. Dalam kata lain buah-buahan tempatan la..aaargghh..sangap buah lak. Aku tahu syazri msti tak kenal rupa rambutan dah tu..rambutan tu cam buah nangka tau syazri .
buah nangka lak cam buah belimbingPhotobuckethahaha...tolong la percaya..syazriy
dah2 tah ape2 aku merepek nie.. moh laa study balik...cukuplaa update untuk bulan ni..hohoho..

Recent Posts