Sunday, August 9, 2009

Balik Cuti Kuantan

Wah tak sangka dapat balik rumah, seronok jumpa keluarga, jumpa pakcik dan makcik.. ayam2 kat kebun hepi jer tengok kepulangan budak mesir nie. Tak banyak perubahan kat kuantan ni sama cam dulu gak la.. aiseh cite macam sepuluh tahun tak balik ni he2.

seminggu ni balik wat kerja2 kampung..lama tak buat kerja ni.. mau patah pinggang rase. Kunun balik nak jadi guru ganti.. pegi PPD dia suh usyar sekolah terus. aiseh td baru kes bdak meninggal H1n1 lak.. tak jadi laa gamaknyer. skolah pun byk da tutup nie.. takut gak. mudah2an wabak nie cepat2 dihapuskan serta merta.. insyaAllah.

Matlamat balik nak berpuasa bersama keluarga iftar dengan diorang sama2.. nak rasa cam dulu2 kompem seronok. Disamping kita buat amalan wajib nie.. amalan sunnat jgn kite abaikan..

wassalam.

Saturday, July 25, 2009

Muram lah

aduhai kenapa hari ini nampak muram payau2 sangat.. bukannya apa muram tu sebab tengok muka player2 bola zaqziq hari ni termasuklah aku. kami kalah 1-0 dengan Pahang perlawanan pertama peringkat kumpulan, herm negeri aku tu.. dah takda rezeki menang, kalah kita terima dengan redha. adat perlawanan biasalah tu ada menang ada kalah kan. tapi aku tak kecewa sangat pun sebabnyer aku main bola sambil jual air jagung haha.. kalah tapi duit masyuk^^ happy seminit . boleh la simpan sikit2 untuk "keluarga masa depan" ha terubat la sedikit rasa kekalahan tu. Untuk pengetahuan kejohanan bola sepak Piala Malaysia sedang berlangsung di zaqziq bermula 25 hingga 30 Julai melibatkan badan kebajikan anak negeri di Mesir dan dewan perwakilan.
aku tak nafikan player2 zaqziq memang kemas bermain bola dan aku puji kesungguhan diorang. gandingan pelajar perubatan dan al-azhar memang mantap cuma mungkin ada sedikit gemuruh dalam perlawanan pertama ni. Masih ada baki 2 perlawanan lagi, kita akan tengok esok pula macam mana. InsyaAllah Zaqziq menang!!!!



p/s : mesti mak aku banga aku jual air jagung

AaaAAAaaiiir jaAAAAAaaaAAaGGGgung.. aIr JAguNgGGgGg... hehe..

Thursday, July 9, 2009

Misi bulan Jun??

Antara misi yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Jun lepas.
maklumlah cuti kuliah sudah bermula, mari turun padang untuk melepaskan tekanan hehe..
apa? memasak? ahai lemah gemalai...
pertandingan ni bersempena hari keluarga anak pahang 25 Jun yang lalu.
apa lagik, tunjukkan skill memasakla pada akhawat pahang aha..aha..

Pihak juri tak tanye pun apa kami masak. diorang tanye kenapa topi chef sedemikian rupa?
jawapannya : kami tukang masak diraja.

bahan yang diberi adalah ayam dan yogurt sahaja .. yang lain sedia sendiri dari bahan mentah semata2. cuak jugak dibuatnye..peserta sentiasa dibawah pantauan juri.
(kicap, kiub megi,ajinamoto smua dlm poket tggu line clear jerk hik3)

Kelihatan Ust Cerak sedang menjampi ladanya agar pihak juri tertarik dan memberi markah lebih..
Ini pula kumpulan orang lama dari zaman kesultanan melayu melaka.
asalnya mereka bekerja sebagai pesawah di kampung dan telah berhijrah ke bandar sebagai chef kantin skolah.

Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Juri akan mengumumkan pemenang.
masa ni paling berdebar sekali macam citer kat reality tv tu..hell's kitchen. tapi tetap kontrol..

keputusannya penulis blog ini KALAH daaa..haha.. carik ler sendri..kecewa nk taip nieh..=(

Monday, June 29, 2009

Mengumpat

6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali


SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
dilaknat oleh Allah.



Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.



Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
mereka.



Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)



Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."



Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;



1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;



2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;



3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;



4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;



5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan



6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.



Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan beberapa perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;



Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar.



Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang dan
hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Sunday, June 21, 2009

Cara Memperkukuhkan Tali Persaudaraan

Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan :



MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.



BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."



MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim)



BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."



MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."



MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).



Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal sebagai berikut:



1. Berkenaan dengan kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya." (HR Husein bin Ali RA)


2. Apabila kembali dari menunaikan haji: "Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu." (HR Ibnu Sunni dari Ibnu Umar RA)


3. Bila salah seorang saudara menikah : "Mudah-mudahan Allah mengekalkan keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan." (HR Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah)


4. Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita, membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: "Semoga Allah memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari Ibnu Majah)




MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."



MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)



MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).



Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa, mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana Allah SWT.

Tuesday, May 26, 2009

Sampai hati awak buat saya macam ni..

Saya rindu mee sup pakcik padang
Saya rindu nak makan nasi goreng kampung wak dol
saya teringin nak makan ikan bakar dan lala goreng serai kat tanjung Lumpur
saya nak makan kepok leko depan KiPsas
Saya nak ratah pajeri nenas
saya dah lama mengidam udang masak merah yang mak buat...

kenapa laa time2 imtihan ni makanan tersebut muncul dalam kepala???


sampai ati.. =(

Saturday, May 9, 2009

Maddah imtihan 17 Mei 2009

1. Syafawi Al-Quran
2. Syafawi Hadith Tahlili
3. Al-Quran Tahriri
4. Mustalah Hadith
5. Hadith Maudu'ie
6. Tafsir Maudu'ie
7. Wasa'il Tabligh wa Dakwah
8. Manahij Muhaddisin
9. Syubhat Haula Sunnah
10.Tasawuf
11.Hadith Tahlili
12.Qadaya Fiqhiyiah Mua'sarah

Dalam kepala ni ingat nak balik Malaysia pulak.
Ya Allah tabahkanlah hati hambamu ini...

Friday, May 1, 2009

Didik anak soleh dari awal

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." ( At Tahrim: 6 )



"Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah, ilmu bermanfaat, atau anak shaleh yang mendo'akannya." (HR. Muslim, dari Abu Hurairah)



Keluarga mempunyai peranan penting dalam pendidikan, baik dalam lingkungan masyarakat
Islam mahupun non-Islam. Kerana keluarga merupakan tempat pertumbuhan anak yang pertama di mana dia mendapatkan pengaruh dari ahli keluarganya yang terdekat.



Syaikh Abu Hamid Al Ghazali ketika membahas tentang peranan kedua orang tua
dalam pendidikan mengatakan: "Ketahuilah, bahawa anak kecil merupakan amanat bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang masih suci merupakan permata yang bersih dari pahatan dan bentukan, dia siap sedia diberi pahatan apapun dan condong kepada apa saja yang dikenakan kepadanya.



Jika dibiasakan dan diajarkan kebaikan dia akan dibesarkan dalam kebaikan dan berbahagialah kedua orang tuanya di dunia dan akhirat. Tetapi jika dibiasakan dengan kerosakan dan dibiarkan sebagai mana binatang temak, niscaya akan menjadi jahat dan binasa. Dosanya pula akan ditanggung oleh pengguru dan walinya. Maka hendaklah ia memelihara mendidik dan membina serta mengajarinya dengan akhlak yang baik.



Di sini terdapat beberapa cara untuk mendidik anak-anak mudah-mudahan menjadi anak yang soleh^^



•Ajarilah mereka mengambil, memberi, makan dan minum dengan tangan kanan. Jika makan dengan tangan kiri, diperingatkan dan dipindahkan makanannya ke tangan kanannya secara halus.



•Dibiasakan mendahulukan bahagian kanan dalam berpakaian. Ketika mengenakan kain, baju, atau lainnya memulai dari kanan, dan ketika menukarkan pakaiannya memulai dari kiri.



•Dilarang tidur meniarap dan dibiasakan tidur dengan mengiring ke kanan.



•Diajar tidak memakai pakaian atau seluar yang pendek, agar anak dibentuk dengan kesadaran menutup aurat dan malu membukanya.



•Dicegah menghisap jari dan menggigit kukunya.



•Dibiasakan sederhana dalam makan dan minum, dan dijauhkan dari sikap gelojoh.



•Dilarang bermain dengan hidungnya.



•Dibiasakan membaca Bismillah ketika hendak makan.



•Dibiasakan untuk mengambil makanan yang terdekat dan tidak memulai makan sebelum orang lain.



•Tidak memandang dengan tajam kepada makanan mahupun kepada orang yang makan.



•Dibiasakan tidak makan dengan tergesa-gesa, dan berbunyi. Ajarkanlah mengunyah makanan dengan baik.



•Dibiasakan memakan makanan yang ada dan tidak mengingini yang tidak ada.



•Dibiasakan kebersihan mulut dengan menggunakan siwak atau berus gigi setelah makan, sebelum tidur, dan setelah bangun tidur.



•Didiklah anak untuk mendahulukan orang lain dalam makanan atau permainan yang disenangi, ajari mereka agar menghormati saudara-saudaranya, kerabatnya yang masih kecil, dan anak-anak tetangga jika mereka melihatnya sedang menikmati sesuatu makanan atau permainan.



•Dibiasakan mengucapkan dua kalimat syahadah dan mengulanginya berkali-kali setiap hari.



•Dibiasakan membaca "Alhamdulillah" jika bersin, dan mengatakan "Yarhamkumullah" kepada orang yang bersin jika dapatinya membaca "Alhamdulillah".



•Supaya menahan mulut dan menutupnya jika menguap, dan jangan sampai bersuara.



•Dibiasakan berterima kasih jika mendapat suatu kebaikan, sekalipun hanya sedikit.



•Tidak memanggil ibu dan bapa dengan namanya, tetapi dibiasakan memanggil dengan kata-kata yang hormat Ummi (Ibu), dan Abi (ayah ).



•Ketika berjalan jangan mendahului kedua orang tua atau sesiapa yang lebih tua darinya, dan tidak mengambil tempat terlebih dahulu dari keduanya untuk menghormati mereka.



•Dibiasakan bejalan kaki di tepi jalan, bukan di tengah jalan.



•Tidak membuang sampah di jalanan, bahkan menjauhkan kotoran darinya.



•Mengucapkan salam dengan sopan kepada orang yang dijumpainya dengan mengatakan "Assalamu'Alaikum" serta membalas salam orang yang mengucapkannya.



•Diajari kata-kata yang benar dan dibiasakan dengan bahasa yang baik.



•Dibiasakan menuruti perintah orang tua atau siapa saja yang lebih besar darinya, jika disuruh sesuatu yang diperbolehkan.



•Bila membantah diperingatkan supaya kembali kepada kebenaran dengan suka rela, jika memungkinkan. Tapi kalau tidak, dipaksa untuk menerima kebenaran, karena hal ini lebih baik daripada tetap membantah dan memberontak.



•Hendaknya kedua orang tua mengucapkan terima kasih kepada anak jika menuruti perintah dan menjauhi larangan. boleh juga memberikan hadiah yang disenangi berupa makanan, mainan
atau diajak bermain.



•Tidak dilarang bermain selama masih selamat, seperti bermain dengan pasir dan permainan yang diperbolehkan, sekalipun menyebabkan bajunya kotor tanah. Kerana permainan pada waktu ini penting sekali untuk pembentukan jasmani dan akal anak.



•Ditanamkan kepada anak agar bermain pada alat permainan yang dibolehkan seperti bola, layang2 dan lain2. Dan ditanamkan kepadanya agar membenci alat permainan yang mempunyai bentuk terlarang seperti manusia dan haiwan.



•Dibiasakan menghormati milik orang lain, dengan tidak mengambil permainan ataupun makanan orang lain, sekalipun permainan atau makanan saudaranya sendiri.



Apabila anak sudah mencecah umur 6 tahun, pada waktu ini mereka
lebih bersiap untuk belajar secara teratur dan mahu menerima pengarahan yang lebih banyak.


Dapat kita katakan, pada waktu ini anak lebih faham dan lebih bersemangat untuk belajar dan
membentuk keterampilan, oleh itu bolehler diarahkan secara langsung.



Memberi pengenalan Allah dengan cara yang sederhana.
Pada waktu ini dikenalkan kepada anak tentang Allah dengan cara yang sesuai dengan pengertian dan tingkat pemikiran mereka.



Diajarkan kepadanya:
-Bahawa Allah Esa, tiada sekutu bagi-Nya.

-Bahawa Dialah Pencipta seluruh alam termasuk langit, bumi, manusia, haiwan, pohon-pohonan, sungai dan lain-lainnya.

-Mengajak anak sembahyang bersama.

-Cinta kepada Allah, dengan ditunjukkan kepadanya

nikmat-nikmat yang dikuruniakan Allah untuknya.



Misalnya, anak ditanya:


Siapakah yang memberimu pendengaran, penglihatan
dan akal?
Siapakah yang memberimu kekuatan dan
kemampuan untuk bergerak?
Siapakah yang
memberi rezeki dan makanan untukmu dan
keluargamu?

Demikianlah, ditunjukkan kepadanya dan dianjurkan agar cinta dan syukur kepada Allah atas nikmat yang banyak ini.



Pernahkah kita terfikir, jika suatu hari nanti anak-anak ini akan terlihat jiran kita yang bukan beragama islam sedang asyik bersembahyang dgn colok mereka?



“Abi.., pakcik tu buat apa abi?”



“Pakcik tu sedang sembah tuhan dia..”



Nauzubillah. Dalam tidak sedar kita pula mesyirikkan Allah.. perkataan ini sering kali diguna pakai kebanyakkan kita sekarang. Sebaiknya dijawab begini :



“anakku, Tuhan pakcik tu sama dengan tuhan kita iaitu Allah. Cuma cara dia sembah itu salah.”



Wallahu’alam…

Monday, April 6, 2009

Otak dan Zikir

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.



Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.



Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.



Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.



Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.



Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Monday, March 23, 2009

Kenapa saya tak update blog ini?

Alasan yang diberi :

  1. Internet saya terputus selama sebulan <---kenapa x pegi cc?
  2. Sebab cc dekat sini banyak budak2 kecik main game..bising gilo. x der feel la nk posting.
  3. Otak tengah serabut (ader akhawat kat kaherah cakap muka saya serabut)sampai ati.
  4. Bulan lepas perlawanan bola sepak( saya main pertahanan rampas bola, sepak jauh-jauh)<--menang ke kalah ni?
  5. Main bola biar kalah janji ukhwah, kita beri peluang kawan kita menang ..itulah erti pengorbanan ya itu dia..haruu..
  6. Festival zagazig selama seminggu, jadi orang penting beb hehe.. <---penting la sangat.
  7. Imtihan fasa ni doktor nak tasmi' 6 juzuk kene selalu mengulang Al-Quran. (betul mak apis tak tipu)
  8. Sibuk membasuh pinggan.
  9. Meminimakan penggunaan internet huhu..
  10. Sibuk membina rak buku <---bukan dari tahun satu lg ker nak buat?
  11. yerla.. tahun 1 beli kayu, tahun 2 beli tukul, tahun 3 beli paku dan skru, tahun 4 insyaAllah siap.. <---mereng apo.
untuk pengetahuan blog ini sentiasa dipantau oleh mak saya..oleh itu yang baik2 sahaja yang saya tulis wahahaha..
sekian=p

Friday, February 20, 2009

Berdoalah kepada orang tuamu tiap kali selesai solat

Dalam sebuah hadith Malik bin Rabi'ah berkata:

"Suatu hari aku duduk bersama Rasulullah, lalu datanglah seorang lelaki dari bani Salamah bertanya: "Wahai Rasulullah, masih adakah kebaikan yang dapat aku lakukan untuk kedua orang tuaku yang telah meninggal? Rasulullah menjawab: "Ya, bersholat (berdo'a) untuk keduanya, memintakan keampunan kepada Allah untuk keduanya, memenuhi
janji-janjinya, menyambung silaturrahmi sanak saudaranya dan menghormati sahabat sahabatnya".
H.R. Abu Daud



Dan termasuk yang berguna untuk orang tua yang telah meninggal adalah bersedekah untuk keduanya, mengirimkan pahala bacaan Al Quran kepadanya.



Mengenai terkabul atau tidaknya sesebuah doa kita kembalikan sahaja kepada Allah. Allah Maha Mengetahui dan lebih tahu bahawa sesuatu yang kita hajatkan itu baik untuk kita dan orang yang kita doakan. Jadi, jika merasa sesuatu doa itu belum terkabul, maka jangan terus malas berdoa, Kerana boleh jadi saat kita berdoa belum sampai hati kita sebagai seorang hamba, dan ada hikmah jika doa tidak dimakbulkan bila sangat diharapkan. kerananya saat kita berdoa, apa yang kita mohon kita pasrahkan kepada Allah apa yang terbaik bagi kita.



Demikian juga mendoakan kebaikan bagi orang lain, termasuk orangtua kita sendiri, dalam hal kepasrahan ini, tidak ada bezanya. Yang penting kita mendoakan sesuatu yang baik, seperti agar dosa- dosa orang tua kita diampuni, dilimpahkan kasih sayang kepadanya dan sebagainya, bersamaan kita pasrah mengenai hasilnya, Mudah, kita yakin bahawa Allah Maha Mendengar dan Mengabulkan. Jika kita tulus mendoakan, sebagaimana janji Allah, Allah pasti mengabulkannya.



"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka
(beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat
(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa
apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut
seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka
beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
Q.S Al Baqarah : 186




Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Tuesday, February 3, 2009

Aku DIA dan Mesir..

(Gambar sekdar hiasan)

"Ya Allah,

kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah...
Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak...
amiin..

Friday, January 30, 2009

Makna Istighfar

Makna Istighfar menurut Imam Ali bin Abi Thalib

Berkata seseorang di hadapan Imam Ali bin Abi Thalib as: "Astaghfirullah"
Maka imam ali berkata kepada orang tersebut : "Apakah engkau tahu arti
istighfar? Istighfar adalah derajatnya orang-orang yang dekat dengan Allah.
Dan ketahuilah bahwa istighfar itu suatu nama yang mengandung / mempunyai 6
arti yaitu:



1. Menyesali atas apa-apa yang telah terjadi di masa lampau.



2. Bertekad untuk meninggalkan kembalinya perbuatan itu selamanya.



3. Supaya engkau memberikan kepada semua manusia hak-hak mereka sehingga
engkau menemui Allah, tidak ada yang mengikutimu dari hak-hak itu.



4. Supaya engkau mengerjakan setiap kewajiban yang engkau telah tinggalkan
dan engkau tunaikan hak-haknya.



5. Daging-daging yang tumbuh dari hasil pencarian yang haram, engkau
basahkan dengan kesedihan, sehingga melekat/menempel kulit dengan
tulang dan tumbuh di antaranya setelah itu dengan daging yang baru.



6. Supaya engkau merasakan badan yang sakit karena mengerjakan taat, seperti
engkau merasakan manisnya maksiat.



Dan setelah itu, ujar Ali , barulah engkau mengucap
"Astaghfirullah".



Berkata Imam muhammad Al-baqir:

"Di bumi ini ada dua bahagian yang selamat dari seksa Allah. Salah satunya telah di
angkat oleh Allah dan tinggallah bahagian yang lain, maka berpegang teguhlah dengan yang
lain itu. Ketahuilah bahwa bahagian yang telah di angkat oleh Allah adalah
Rasulullah SAW dan yang lainnya ialah Istighfar."



Allah berfirman dalam surat Al-Anfal ayat 33

"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (Muhammad)
berada di antara mereka. Dan tidak pula Allah akan mengazab mereka yang sedang
meminta ampun".

Saturday, January 24, 2009

Tips menghafal Al Quran

Menghafal Al-Quran memerlukan kesabaran jitu, kerana ia merupakan mukjizat Allah yang diturunkan kepada nabi besar Muhammad SAW. Al-Quran merupakan cahaya dan ia mudah hilang kerana kegelapan maksiat.

Untuk itu cubalah jauhi perbuatan buruk walaupun pada perkara yang ringan seperti mendengar muzik, berbual kosong dan sebagainya. Menurut pendapat penghafal Al-Quran yang berpengalaman, masa yang sesuai untuk menghafal Al-Quran ialah ketika sunyi terutama di waktu pagi. Walaupun begitu, haruslah berlatih untuk menghafal dalam setiap situasi sekadar termampu.



Cara menghafalnya pula berbagai-bagai. Namun kaedah biasa ialah dengan mengulangi 2-3 ayat secara melihat kepada Al-Quran kemudian cuba mengingatinya, setelah itu bolehlah berpindah ke ayat-ayat yang lain. Untuk menguatkan hafalan, kita dikehendaki mengulanginya selalu. Jika boleh, amalkan ayat-ayat yang telah dihafal di dalam solat fardu atau sunat rawatib. Harus diingat menghafal ayat yang baru adalah lebih mudah dari menjaga ayat yang telah dihafal.



Oleh kerana itu peruntukkanlah waktu yang khusus untuk mengulanginya. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, "sesungguhnya Al-Quran lebih cepat luput dari hati dari hilangnya unta yang terlepas dari ikatannya". Anda hendaklah juga menjaga makanan, agar tidak memakan makanan yang haram atau syubhah, kerana ia boleh memberi kesan kepada mutu hafalan.



Perbanyakkan ibadat sunat dan solat hajat. Jika kita merasa masih terlalu susah hendak menghafal cuba lakukan solat ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani yang menceritakan bahawa saidina Ali pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang hafalannya yang buruk, lalu Rasulullah SAW menyuruhnya mendirikan solat pada tiap-tiap malam Jumaat sebanyak 4 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah Al-Fatihah dibaca surah Yaasiin. Pada rakaat kedua sesudah Al-Fatihah dibaca surah Ad-Dukhan, seterusnya pada rakaat ketiga selepas Al-Fatihah dibaca surah As-Sajadah dan pada rakaat yang keempat selepas Al-Fatihah hendaklah dibaca surah Al-Mulk.



Setelah Saidina Ali melakukannya selama 7 kali Jumaat, beliau begitu gembira apabila memberitahu Rasulullah SAW yang beliau telah menghafal Al-Quran dan hadisnya dengan mudah. Mudah-mudahan Allah SWT akan memberi taufik kepada kita semua untuk terus menjadi generasi yang memelihara Al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW.

darulnuman

Thursday, January 22, 2009

Ke arah mustajab doa

Berdoa ertinya bermohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah Yang Maha Pemurah. Allah menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepadaNya. Bagi mereka yang tidak mahu meminta kepada Allah maka mereka tergolong insan yang takbur dan sombong. Jika permohonan seseorang itu belum lagi terkabul, bukan kerana Allah tidak memperkenankannya, kemungkinan doanya tidak memenuhi syarat-syarat berdoa yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Disamping itu doa orang mukmin itu pasti akan dikabulkan Allah SWT, cuma saja ada tiga peringkat cara diperkenankan doa tersebut. Pertama, Allah akan kabulkan doanya disaat itu juga, kedua, ditangguhkan pada masa akan datang, dan ketiga, akan menerima balasannya di akhirat.



Allah SWT berfirman: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribdat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina". (Al Mukmin ayat 60)



Firman-Nya lagi maksudnya: "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suaru perlahan-lahan".
(Al A'raaf aayat 55)



Ada beberapa kaedah atau peraturan bedoa yang membolehkan doa seseorang tersebut dimakbulkan oleh Allah SWT. Diantara kaedah tersebut ialah:



  1. Dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar serta suci pakaian dan tempat berdoa.


  2. Mengadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk, tawadhuk serta merendahkan diri kepada Allah SWT.


  3. Doa dimulai dengan mumuji Allah, sekurng-kurangnya membaca "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin" diikuti dengan membaca selawat atas Nabi.


  4. Angkat kedua tangan hingga kelihatan kedua ketiak disamping perut dan anak jari mengadap ke atas.


  5. Setelah selesai berdoa sapukan tangan ke muka.


  6. Berdoa hendaklah dengan penuh yakin bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali dalam keadaan hatinya lara dan lalai atau tidak cukup kuat keyakinannya serta kemahuannya. Tuhan tidak akan memperkenankan doa seperti tersebut.


  7. Setiap orang Islam hendaklah membanyakkan berdoa kepada Allah semasa dalam keadaan senang supaya Allah memperkenankan doanya ketika berdoa dalam keadaan susah.


  8. Berdoalah dengan suara yang perlahan serta merendahkan diri disamping mengakui segala kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan.


  9. Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas.


  10. Untuk memohon sesuatu hajat, ulangilah menyebutnya sehingga sekurang-kurangnya tiga kali.


  11. Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan dosa, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Begitu juga jangan meminta sesuatu yang mustahil.


  12. Jangan sekali-kali merajuk apabila doanya belum dikabulkan oleh Allah SWT. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa disamping berserah diri kepada Allah SWT.


  13. Sebelum diakhiri dengan ucapan amin, setiap doa hendaklah ditutup dengan selawat Nabi SAW serta puji-pujian kepada Allah SWT.

Thursday, January 8, 2009

Aku cemburu

Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin,
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci,
Kamu terpilih mempertahan masjid suci,
Bau syurga dapat kau rasai,
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup,
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu.

Apakan daya aku hanya mampu berdoa,
Aku hanya mampu menghulurkan derma,
Aku sekadar mampu memboikot.

Jika kamu di ambang syurga,
Doakan kami dapat bersamamu.

Islam akan tetap terpelihara,
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran,
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan,
Baik atau buruk, syurga atau neraka.

Sahabat2, kite doa sama2 lepas tiap kali solat agar Allah hancurkan yahudi.!!!
Ya Allah.. selamatkanlah saudara-saudaraku.... =(

Sunday, January 4, 2009