Sunday, December 24, 2006

kalam hati...


Mase dulu bangun pagi gerak adik2 solat subuh
Mase skarang bangun pagi gerak kawan2 solat subuh
Mase dulu solat raya pegi masjid dengan ayah dan adik2
Mase skarang solat raya pegi masjid dengan kawan2 dan ahli bait
Mase dulu takbir raya maintain rilek jer muka
Mase skarang takbir raya muke slamba tapi hati sedih
Mase dulu makan lemang,dodol,kueh raye,ketupat,rendang..
Mase skarang makan nasi impit kuah kacang ajer
Mase dulu bodek ayah, sengeh2 kat mak dapat duit raye.
Mase skarang bodek member sengeh2 dapat minum air tebu jer..
Mase dulu beraya sakan balik kampung juper saudara-mara
Mase skarang beraya umah kawan2 makan sdap la jge
Mase dulu mak masak kakak buat kueh
Mase skarang masak sendrik kueh lak tak juper dah.
Mase dulu isk..issk... preeeet... isk x sggup nak taip dah ni..
wuuuUuUuuUuuu... sedey..
kite nak ucap slmat raye la yer..isk..isk..
maaf salah dan silap kite..isk wuuu..

Saturday, December 23, 2006

imtihan laa wei...fasal satu thun 2..


kepada smua sahabat dan sahabiat yg tgh sebuk study tuu...ana ucapkan selamat menempuhi imtihan.. moge2 kite smua najah.. insyaAllah..

Thursday, December 21, 2006

letih naek sinai..


Assalamualaikum…
Heerm.. ana rase da lama x update blog nih..huuu.. bknye aper msa mmg x mengizinkan.. dlm tempoh ni.. ana sibuk dgn pelbagai kuliah dan study2 group heermm..? ..? weeey btol..laa ..ana x tipu..ana gi kelaaas..tau yakin laah..hehe.. hu x caya laa tuh!!! Heeeiiiisshh.. skang ana da jadi budak baek…baek sungguh nih.. heh promote ke pehal nih. Makin hari makin sebuk maklum laa imtihan nak dkat sgt da.. 6 aribulan 1 nanti .. ana pnah skodeng azim merangkap sahabat ana , dia wat nota aaaaiiihhhs jeles tol..tu laa saper suh skodeng padan muka ana..peeerhh..beginilah cara penulisan bile bdak da jd baek.. heh. Ahli bet ana pun da mula bukak kelas tuk dak2 thn 1 kat umah..iaitu syazri ngan topek..mereka merupakan sahabat ana yg paling disegani dan berdedikasi...kekekeh.. ayat daja satu..lama tak wat. Alahai.. cuma ana jer lom pnah bukak klas tuk student thn 1 ni just bg tips2 imtihan jerk kat diorang..yer laa ana sedar dan tau bnyak lg kelemahan dri nih.. x kesah laa tu.. yg penting bnyak lgi ilmu yg perlu dicari dan digali kat cni..waah.. itu lu gali pakai cangkul kaaa…kehkeh.keh ulp.! serius..serius..

Imtihan nanti musim sjuk…. time nih pun da sjuk gile.. isk.. nasib baek laa thn ni ana lebih bersedia tuk menghadapi imtihan dlm musim beku nih..mana taknyer thn lepas mmg sjuk teramat.. p jawab peksa kompem tak mandi dah.. heheh kantooi… pastu pkai ikat plastik kat kaki..bru pkai stokin.. waa stokin bola lak tu.. 2 lapis sei… siap kaler hijau ngan merah lagi tuu haha.. nyaris jer nak pkai kasut bola..perpun x kesah la.. sbb org taktau.. heermm tapi skang da beli stokin kulit leh laa tahan..moralnye dsini beli laa stokin kulit.. pepandai jer wat iklan kat sini..

isk fasal satu nih 6 madah kne imtihan.. bnyak gak tuu wey azuan ko dgar tak tu.. bnyak tuuuu!!!!! iyeee sy dga.. insyaAllah ana akan cuba jwab leklok nnti.. bahas pun bnyak gak tuh fasal nih sajer da 3 bahas kne buat.. smpai terseliuh jari aduh sakitnyer.. haaaa… punyer laa truk tuu…
Hahahahah pesal ana gelak..?? nak tau.. ari yg paling cabaran wat ana masa mlm study group di umah azim smua bdak thn 2 berkumpul kami wat perbincangan kitab dan mula buat bahas tafsir.. ana terlewat smpai upenye diorang xde kat umah tu.. smuanya pegi kerumah lain tuk menghadiri majlis skit.. da laa naek tgkat 8 kne turun leer balik…tuh laa psal ramai org ckp rumah tuu rumah Sinai..leh tercabut kaki tau.. Dak2 nih pon satu.. msg laa dlu.. letih kaki jer.. dak2 nih ketawa laa plak.. Abis jer majlis kami study group di umah azim smula.. naek balik. tingkatt lapan tu....dan slesai perbincangan ana minta izin pulang tuk wat bahas dirumah. tringat plak nak beli stapler kat kedai ana turun rumah kjap p kedai dan balik jer pintu pagar bawah lak kunci AAAaAaAaarrggh 1 jam ana tggu kat bwah tuu..kureng tol arab nih awl2 da kunci pintu.. dala sejuk.. kunci tadak hp lak tak bawak pikir punyer pikir kne patah balik laa p umah azim amik kunci umah ana sebab dia sorang jer yg ade kunci umah ana tu .panjat laa balik gunung Sinai td…member ana rmai lagi kat umah azim masa tu.. pelik tgok ana sbb dtg smula wat tatau jer la..tgok diorang pun tersengih-sengih...ana trus je balik..smpai jerk t umah bru ler nak mula wat bahas...Tuptap tup tap pelempang pipi sendirik..! tertggal plak nota bahas ana kat umah azim..AAaaaaaaaargrggghhhhh naek laa balik tgkat lapan tuh. Isk juper lagi tangge niiih!!!. Smpai jer umah azim smua bdak gelak sakan laaaa psal ana tertggal nota tuuh hampeh tol malu jeerk.. Hahaharu.. isk..isk..x leh nak gelak..… sedeeey wa letih woo..tu laa ari yg paling menyeramkan dlm sejarah idop kat mesir nih.. naek sinai di kala mlm hari.. bnyak kali woo.. aaarrghh x mo da naek umah tuu.. klu de majlis mkn jer ana nak pegi.. huhuhu…. Perpun bahas ana siap jgak mlm tu.. smpai pagi x tdo.. muler laa dlm kuliah pancing ikan beso..terhangguk hangguk heheh phm jer doc ckp.. Erm .. nak peksa daaaa ... alaaa… seram tol la…ana mengharapkan thn ni berjaya dgn lebih cemerlang.. perpun ana doakan kepada smua kawan2 ana tuk najah thn ini akan dtg dan seterusnya… insyaAllah.. berusahaaaaaa!!!!!!!

siapa pakai cincin?

Pemakaian Cincin
JARI MANA DISYARIATKAN MEMAKAI CINCIN ?




Diantara 13 nasihat Nabi Muhammad SAW. kepada Saidina Ali k.w. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda adalah cara pemakaian cincin.


Nabi SAW. berpesan kepada Saidina Ali iaitu jika memakai cincin pakailah di jari:-
1] jari manis


2] jari kelingking (anak jari)



dan jangan memakai pada jari


1] jari tengah


2] jari telunjuk



Nabi Muhammad SAW. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Kaifiyat memakai cincin ini adalah termasuk lelaki mahupun perempuan.



Ikhwah dan Akhawat yang dirahmati Allah,marilah kita sama-sama muhasabah diri serta menasihati kawan-kawan dan ahli keluarga kita tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam. Sekiranya memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW. insyaAllah dapatlah kita pahala.
Wallahu a'lam .



Nilai tudung Muslimah


bismillahirrahman arrahiim..

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang sederhana serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Jika dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Ini bukanlah cerita rekaan semata-mata ianya adalah hakikat dan kita beoleh lihat secara terang-terangan di hadapan mata kasar. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk berdakwah. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. jika kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Hindarilah penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan.Elakkan diri dari bukan muhrim untuk bertemu tanpa sebab.Serahkan pada Allah tentang jodoh.Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Muslimah yang sejati akan cuba didik dirinya sendiri menjadi orang yang lemah-lembut. Menghindari sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Oleh yang demikian,kita sebagai azhari dan azhariah yang telah dididik sejak awal lagi dengan nilai agama yang kuat perlu muhasabah diri sendiri dan menunjukkan contoh kepada masyarakat luar tentang keperibadian kita. Tanamkan niat untuk membantu saudara-saudara kita yang lain agar mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai azhari dan azhariah sekalian, kita mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian dan keperibadian.
Wallahua`alam..

kalam fikrah BKMIP

Recent Posts