Sunday, November 23, 2008

Raudhah ya Raudhah

Raudhah, sukarnya untuk beribadah di tempat itu. Aku pernah jejak dan bersolat terawih semalaman sahaja di situ. Teringat lagi tatkala aku ingin mencari tempat untuk bersolat asar berhampiran dengan raudhah, seorang muslim Bangladesh menyapaku untuk mengambil tempatnya seketika. Katanya, "jika kamu ingin solat terawih di raudhah janganlah kamu keluar dari saf sehingga selesai solat maghrib".


Setelah selesai berbuka dan bersolat maghrib barulah ada ruang untukku bersolat di raudhah itupun masih berebut-rebut dengan arab yang lain. Apa-apa pun aku tetap bersyukur kerana Allah memilihku untuk berada di kawasan rumah kekasihNya Rasulullah. Dari Abu Hurairah RA. Rasulullah SAW bersabda, antara rumahku dan mimbarku adalah taman (raudhah) dari taman-taman syurga. Dan mimbarku di atas kolam. (Sahih Bukhari).

Menurut sebahagian ulama salaf, antara mimbar dan rumah Rasulullah menyerupai taman dari taman-taman syurga. Sedangkan pendapat lain meyakini bahawa "raudhah" tersebut di akhirat kelak benar-benar akan berpindah ke syurga. Beribadah di kawasan Raudhah bukanlah perkara yang wajib. Ianya hanyalah tempat yang berkat di mana turunnya rahmat dan tercapainya kebahagiaan.Wallahua'lam..

P/s : Bila anda jejak di karpet hijau itulah kawasan raudhah^^

1 comment:

  1. salam buat saudara yang terbabit, saya baru membaca entry saudara yang ni, setelah diteliti, alangkah indahnya jika saya berpeluang menjejakkan kaki ke raudhah. boleh kah saudara berkongsi lagik cerita pasal raudhah neh kalau saudara ada masa, don't push urself ok, just wanna know more about it. saya neh ilmu agama tak banyak, so, banyak mende saya tak tau, sori la eh....thanks a lot in advance. salam hijrah.....

    ReplyDelete

Recent Posts