Friday, January 30, 2009

Makna Istighfar

Makna Istighfar menurut Imam Ali bin Abi Thalib

Berkata seseorang di hadapan Imam Ali bin Abi Thalib as: "Astaghfirullah"
Maka imam ali berkata kepada orang tersebut : "Apakah engkau tahu arti
istighfar? Istighfar adalah derajatnya orang-orang yang dekat dengan Allah.
Dan ketahuilah bahwa istighfar itu suatu nama yang mengandung / mempunyai 6
arti yaitu:



1. Menyesali atas apa-apa yang telah terjadi di masa lampau.



2. Bertekad untuk meninggalkan kembalinya perbuatan itu selamanya.



3. Supaya engkau memberikan kepada semua manusia hak-hak mereka sehingga
engkau menemui Allah, tidak ada yang mengikutimu dari hak-hak itu.



4. Supaya engkau mengerjakan setiap kewajiban yang engkau telah tinggalkan
dan engkau tunaikan hak-haknya.



5. Daging-daging yang tumbuh dari hasil pencarian yang haram, engkau
basahkan dengan kesedihan, sehingga melekat/menempel kulit dengan
tulang dan tumbuh di antaranya setelah itu dengan daging yang baru.



6. Supaya engkau merasakan badan yang sakit karena mengerjakan taat, seperti
engkau merasakan manisnya maksiat.



Dan setelah itu, ujar Ali , barulah engkau mengucap
"Astaghfirullah".



Berkata Imam muhammad Al-baqir:

"Di bumi ini ada dua bahagian yang selamat dari seksa Allah. Salah satunya telah di
angkat oleh Allah dan tinggallah bahagian yang lain, maka berpegang teguhlah dengan yang
lain itu. Ketahuilah bahwa bahagian yang telah di angkat oleh Allah adalah
Rasulullah SAW dan yang lainnya ialah Istighfar."



Allah berfirman dalam surat Al-Anfal ayat 33

"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (Muhammad)
berada di antara mereka. Dan tidak pula Allah akan mengazab mereka yang sedang
meminta ampun".

Saturday, January 24, 2009

Tips menghafal Al Quran

Menghafal Al-Quran memerlukan kesabaran jitu, kerana ia merupakan mukjizat Allah yang diturunkan kepada nabi besar Muhammad SAW. Al-Quran merupakan cahaya dan ia mudah hilang kerana kegelapan maksiat.

Untuk itu cubalah jauhi perbuatan buruk walaupun pada perkara yang ringan seperti mendengar muzik, berbual kosong dan sebagainya. Menurut pendapat penghafal Al-Quran yang berpengalaman, masa yang sesuai untuk menghafal Al-Quran ialah ketika sunyi terutama di waktu pagi. Walaupun begitu, haruslah berlatih untuk menghafal dalam setiap situasi sekadar termampu.



Cara menghafalnya pula berbagai-bagai. Namun kaedah biasa ialah dengan mengulangi 2-3 ayat secara melihat kepada Al-Quran kemudian cuba mengingatinya, setelah itu bolehlah berpindah ke ayat-ayat yang lain. Untuk menguatkan hafalan, kita dikehendaki mengulanginya selalu. Jika boleh, amalkan ayat-ayat yang telah dihafal di dalam solat fardu atau sunat rawatib. Harus diingat menghafal ayat yang baru adalah lebih mudah dari menjaga ayat yang telah dihafal.



Oleh kerana itu peruntukkanlah waktu yang khusus untuk mengulanginya. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, "sesungguhnya Al-Quran lebih cepat luput dari hati dari hilangnya unta yang terlepas dari ikatannya". Anda hendaklah juga menjaga makanan, agar tidak memakan makanan yang haram atau syubhah, kerana ia boleh memberi kesan kepada mutu hafalan.



Perbanyakkan ibadat sunat dan solat hajat. Jika kita merasa masih terlalu susah hendak menghafal cuba lakukan solat ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani yang menceritakan bahawa saidina Ali pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang hafalannya yang buruk, lalu Rasulullah SAW menyuruhnya mendirikan solat pada tiap-tiap malam Jumaat sebanyak 4 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah Al-Fatihah dibaca surah Yaasiin. Pada rakaat kedua sesudah Al-Fatihah dibaca surah Ad-Dukhan, seterusnya pada rakaat ketiga selepas Al-Fatihah dibaca surah As-Sajadah dan pada rakaat yang keempat selepas Al-Fatihah hendaklah dibaca surah Al-Mulk.



Setelah Saidina Ali melakukannya selama 7 kali Jumaat, beliau begitu gembira apabila memberitahu Rasulullah SAW yang beliau telah menghafal Al-Quran dan hadisnya dengan mudah. Mudah-mudahan Allah SWT akan memberi taufik kepada kita semua untuk terus menjadi generasi yang memelihara Al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW.

darulnuman

Thursday, January 22, 2009

Ke arah mustajab doa

Berdoa ertinya bermohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah Yang Maha Pemurah. Allah menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepadaNya. Bagi mereka yang tidak mahu meminta kepada Allah maka mereka tergolong insan yang takbur dan sombong. Jika permohonan seseorang itu belum lagi terkabul, bukan kerana Allah tidak memperkenankannya, kemungkinan doanya tidak memenuhi syarat-syarat berdoa yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Disamping itu doa orang mukmin itu pasti akan dikabulkan Allah SWT, cuma saja ada tiga peringkat cara diperkenankan doa tersebut. Pertama, Allah akan kabulkan doanya disaat itu juga, kedua, ditangguhkan pada masa akan datang, dan ketiga, akan menerima balasannya di akhirat.



Allah SWT berfirman: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribdat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina". (Al Mukmin ayat 60)



Firman-Nya lagi maksudnya: "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suaru perlahan-lahan".
(Al A'raaf aayat 55)



Ada beberapa kaedah atau peraturan bedoa yang membolehkan doa seseorang tersebut dimakbulkan oleh Allah SWT. Diantara kaedah tersebut ialah:



  1. Dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar serta suci pakaian dan tempat berdoa.


  2. Mengadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk, tawadhuk serta merendahkan diri kepada Allah SWT.


  3. Doa dimulai dengan mumuji Allah, sekurng-kurangnya membaca "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin" diikuti dengan membaca selawat atas Nabi.


  4. Angkat kedua tangan hingga kelihatan kedua ketiak disamping perut dan anak jari mengadap ke atas.


  5. Setelah selesai berdoa sapukan tangan ke muka.


  6. Berdoa hendaklah dengan penuh yakin bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali dalam keadaan hatinya lara dan lalai atau tidak cukup kuat keyakinannya serta kemahuannya. Tuhan tidak akan memperkenankan doa seperti tersebut.


  7. Setiap orang Islam hendaklah membanyakkan berdoa kepada Allah semasa dalam keadaan senang supaya Allah memperkenankan doanya ketika berdoa dalam keadaan susah.


  8. Berdoalah dengan suara yang perlahan serta merendahkan diri disamping mengakui segala kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan.


  9. Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas.


  10. Untuk memohon sesuatu hajat, ulangilah menyebutnya sehingga sekurang-kurangnya tiga kali.


  11. Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan dosa, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Begitu juga jangan meminta sesuatu yang mustahil.


  12. Jangan sekali-kali merajuk apabila doanya belum dikabulkan oleh Allah SWT. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa disamping berserah diri kepada Allah SWT.


  13. Sebelum diakhiri dengan ucapan amin, setiap doa hendaklah ditutup dengan selawat Nabi SAW serta puji-pujian kepada Allah SWT.

Thursday, January 8, 2009

Aku cemburu

Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin,
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci,
Kamu terpilih mempertahan masjid suci,
Bau syurga dapat kau rasai,
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup,
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu.

Apakan daya aku hanya mampu berdoa,
Aku hanya mampu menghulurkan derma,
Aku sekadar mampu memboikot.

Jika kamu di ambang syurga,
Doakan kami dapat bersamamu.

Islam akan tetap terpelihara,
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran,
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan,
Baik atau buruk, syurga atau neraka.

Sahabat2, kite doa sama2 lepas tiap kali solat agar Allah hancurkan yahudi.!!!
Ya Allah.. selamatkanlah saudara-saudaraku.... =(

Sunday, January 4, 2009

Recent Posts