Friday, November 28, 2008

Untuk Sakinah (bdak kelas Form 5 sebaris meja aku)^^

Dek kerana cik kinah ni tanya lebey-lebey dalam shoutbox aku. Jadi aku bagitahu la apa yang aku tahu. Pertama sekali, kena jelas tentang apa yang dimaksukan dengan AURAT.
Aurat ni berasal daripada bahasa Arab, “Aurah” yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Firman Allah lagi yang bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat Allah ni memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat dan longgar. Dan suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman termasuk cik kinah.

Eh? Tapi aku pakai jeans takper plak kan?? Ha macam mana tu..

Sebab aku nie laki-laki.

Eh? Oo kiranya korang laki-laki boleh la pakai macam-macam???

Rilek…rileks…

Tujuan utama wanita diwajibkan menjaga aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Jadi, pakaian yang ketat walaupun tebal kompem akan menampakkan bentuk tubuh badan. Bagi aweks yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Cam lelaki pakai jeans ketat-ketat sampai nampak tulang kaki, tak rasa geli ker kalau teeeerrrtengok?? Haa sama jer la pun..tapi, yang lebih alim dan siqah tak payah la pakai macam tu kan. kirenyer aku nie tak berapa nak bagus lagi sebenarnyer hehe..jangan pulak aweks-aweks ni rasa tak berapa bagus terus pakai jeans selama-lamanya.

Kiranya Jeans ini dapat digolongkan dalam pakaian yang ketat dan mengikut potongan kaki.
Tak kisah kalau perempuan nak pakai pun..tapi ada caranya. Kebiasaannya bagi pelajar yang berada di luar negara mereka tidak dapat menahan kesejukan dan akan mengenakan jeans di dalam kainnya(pakai selua pastu pakai kaen). Maknanya bukanlah memakai jeans semata-mata. Hanya untuk menahan dari kesejukan sahaja.

kan cantik dan manis bila perempuan memakai kain bersesuaian dgn fitrahnya.. jadi berhiaslah dengan cara tuntutan syarak jika sudah tahu. Sebab kita dah belajar dan dididik tentang agama ni sejak awal lagi kan. Tak perlu kita samakan diri kita dengan orang lain. Cantik per..berkain seperti perempuan melayu warisan zaman silam^^ jangan la tiru mcm laki-laki. Nanti kalau perempuan semua dah pakai seluar, kitorang nak pakai apa? hehe.

Lainlah bersukan takkan pulak nak pakai jubah berlari dalam guni. Diharuskan memakai seluar dengan syarat riadhah itu sama-sama korang perempuan sahaja.

Bagi lelaki pulak, tidak dapat dinafikan lagi akan mengusyar aweks-aweks yang berseluar ini termasuklah aku. Jadi, aku nak menasihati diri aku serta kawan-kawanku yang aku kasihi agar menjaga pandangan mata kalian kerana Allah telah berfirman di dalam Al Quran :

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih (suci) baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan.” (Surah An Nur ayat 30)
Bersesuaian dengan itu ada sebuah hadith menceritakan :

"Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat aurat wanita secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi, “Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Kemudian ayat 31 surah An nur juga menceritakan bahawa Allah telah berfirman:

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali kepada suami mereka, atau putera-putera mereka……”

Renung-renungkanlah kembali ayat-ayat Allah..buka tafsir, semaklah hadith dan fahamilah. Jika ada kawan-kawan kita, adik-adik kita, ahli keluarga kita berpakaian yang tidak memenuhi tuntutan syarak janganlah memarahi mereka. Ajarilah mereka dengan penuh hikmah. Tunjukkanlah amal soleh kita dan berdoa agar mereka tergerak hati mengikuti jejak langkah kita.
Wallahualam…^^

Wednesday, November 26, 2008

Batang kurma cemburu dengan Mimbar Rasulullah

Sebut mengenai mimbar Rasulullah ini ada cerita di sebaliknya. Sebelum wujudnya mimbar, Rasulullah berkhutbah dan beribadah di mihrab berdekatan dengan batang pokok kurma dan Rasulullah sering berada di situ. Sebuah riwayat ada menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersolat bersebelahan dengan batang kurma kerana dahulu masjidnya diperbuat dari pelepah kurma.



Beliau juga berkhutbah di samping batang itu, sehingga pada suatu hari seorang sahabat berkata, "wahai Rasulullah apakah engkau izinkan jika kami buatkan sesuatu untuk berdiri di hari Jumaat, agar orang boleh melihat dan mendengar suaramu?". Baginda berkata: Ya. Maka para sahabat membina mimbar 3 tingkat. Setelah siap, mimbar itu diletakkan di tempat berdirinya Rasulullah SAW dan ketika Rasulullah akan menuju ke mimbar, Baginda akan melewati batang kurma yang dahulu digunakannya untuk berkhutbah.



Tatkala melepasi batang kurma itu terdengarlah satu jeritan sehingga batang itu terbelah dan didengari Rasulullah, Baginda turun dan mengusapnya dengan tangan hingga tenang, kemudian kembali ke mimbar. Setelah selesai, Baginda akan solat di tempat itu semula. Imam Hasan Al Basri jika menceritakan kisah ini, beliau akan menangis seraya berkata, " Wahai manusia, batang kurma sahaja boleh merintih merindukan Rasulullah SAW meminta Baginda kembali ke tempatnya, kalian semestinya lebih merindukan pertemuan dengan Rasulullah SAW.



Imam Bukhari meriwayatkan bahawa suara jeritan itu" seperti suara rintihan unta yang sedang hamil 10 bulan" (Sunan Ibnu Majah .1414)


aku tak tahulah bunyi macam mana. Tapi aku pernah dengar bunyi unta terbesin^^

Monday, November 24, 2008

Hikmah diam

  • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  • Perhiasan tanpa berhias.
  • Kehebatan tanpa kerajaan.
  • Benteng tanpa pagar.
  • Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
  • Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  • Menutupi segala aib.
Hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud: “Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( RW ABU NAIM )

Sunday, November 23, 2008

Raudhah ya Raudhah

Raudhah, sukarnya untuk beribadah di tempat itu. Aku pernah jejak dan bersolat terawih semalaman sahaja di situ. Teringat lagi tatkala aku ingin mencari tempat untuk bersolat asar berhampiran dengan raudhah, seorang muslim Bangladesh menyapaku untuk mengambil tempatnya seketika. Katanya, "jika kamu ingin solat terawih di raudhah janganlah kamu keluar dari saf sehingga selesai solat maghrib".


Setelah selesai berbuka dan bersolat maghrib barulah ada ruang untukku bersolat di raudhah itupun masih berebut-rebut dengan arab yang lain. Apa-apa pun aku tetap bersyukur kerana Allah memilihku untuk berada di kawasan rumah kekasihNya Rasulullah. Dari Abu Hurairah RA. Rasulullah SAW bersabda, antara rumahku dan mimbarku adalah taman (raudhah) dari taman-taman syurga. Dan mimbarku di atas kolam. (Sahih Bukhari).

Menurut sebahagian ulama salaf, antara mimbar dan rumah Rasulullah menyerupai taman dari taman-taman syurga. Sedangkan pendapat lain meyakini bahawa "raudhah" tersebut di akhirat kelak benar-benar akan berpindah ke syurga. Beribadah di kawasan Raudhah bukanlah perkara yang wajib. Ianya hanyalah tempat yang berkat di mana turunnya rahmat dan tercapainya kebahagiaan.Wallahua'lam..

P/s : Bila anda jejak di karpet hijau itulah kawasan raudhah^^

Saturday, November 22, 2008

Jordan

Sebelum berlayar di Nuwaiba'


Semasa belayar.. nampak tak aku dalam tuh!?
jawapannya : tak nampak


Bersama ust paling macho nama dia Syapik di Aqabah


Kami tiba di Muktah pagi2 dah merayau


Merayau-rayau smpai ke Iraq


Juadah berbuka puasa..skoda jer^^alhamdulillah..


Universiti Muktah


Wat jaulah di Universiti orang


Bangunan lebey kurang cam Al-azhar je.. acecece


berapakah tiang lampu di situ? 4???


Depan rumah ada pokok tin,heh per lagi..


The Seven Sleepers


Gua Ashabul Kahfi di Amman


eey..ada tulang


eey dalam gua


Masjid bersebelahan dengan gua



Dikatakan tempat itu berlabuhnya bahtera Nabi Nuh A.S


Maqam Nabi Nuh A.S





Laut Mati masin ya amat..boleh terapung walau x pandai berenang. adoi kantoi


walaupun penat berpuasa kami teruskan perjalanan


Jalan punya jalan nampak kebun buah Tin



Jalan-jalan nampak bendera ek eleeh tu pun nak cerita


Jalan punya Jalan


sampai lebuh raya karak xde plak tol kat sini..


Dinar tuuuw..


Ziarah maqam sahabat Nabi SAW, Zaid bin Harithah


Ini tembikai


Ini tomato


ini aweks


bestlaa borak dgn budak2 nie..


Pengalaman 3 hari aku di Jordan Alhamdulillah..^^

Friday, November 21, 2008

Subjek la nie..

Ini adalah senarai madah (subjek) bagi pembelajaran aku untuk fasa pertama sekarang. Dan subjek akan bertambah lagi untuk fasa yang kedua pada bulan 3 tahun hadapan. Hazwan boleh!!! sob..sob..sob..

  1. Sirah Tahlili
  2. Hadis Tahlili
  3. Hadis Maudu'ii
  4. Mustalah Hadis
  5. Khitobah
  6. Tauhid
  7. Takhrij
  8. Manahij Mufassirin
  9. Dirasah asanid

Thursday, November 20, 2008

Masjid Quba, Qiblatain, dan Masjid Sab'ah.

Assalamualaikum.. arini aku ingin menceritakan beberapa buah masjid lagi yang terkenal di sekitar Madinah secara ringkas. aiseh men.. blog ni da patut tukar description dah nih kepada "Aku Dia dan Madinah laa plak." ^^ bila nak sampai ke Mesir semula nie..huhu
Sekiranya diberi peluang untuk berjalan-jalan di sekitar Madinah boleh la beri'ktikaf di :

  1. Masjid Quba, iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Nabi SAW ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Keistimewaan masjid ini pernah dinyatakan Rasulullah sendiri dalam sabdanya:“Barang siapa berwudhu di rumahnya, kemudian dia berkunjung ke Masjid Quba, lalu mengerjakan solat, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan umrah”.
  2. Masjid Qiblatain, sesuai dengan namanya yang bererti “Masjid yang memiliki dua arah kiblat“. Kerena pernah terjadi suatu peristiwa turunnya wahyu pada bulan Rajab tahun ke-2 Hijriah, ketika Nabi sedang melaksanakan solat zuhur yang pada mulanya berkiblat ke Masjid Al-Aqsa (Palestin). Setelah turun ayat tersebut, Rasulullah menghentikan sebentar solatnya kemudian membalikkan badan dan meneruskan kembali dengan mengubah arah kiblatnya menghadap ke Ka’abah di Masjidil Haram. Dan arah kiblat ini tidak akan pernah berubah kembali hingga hari kiamat.
  3. Masjid-masjid yang berada di Gunung Sal. Yaitu Masjid al-Fath, Masjid Salman Al Farisi, Masjid Ali, Masjid Umar, Masjid Sa'ad ibn Mu'adz, dan Masjid Abu Bakar(ada satu lagi masjid aku tak tahu) seluruhnya dikenal dengan nama Masajid sab'ah (Masjid yang Tujuh). Ada sebahagian riwayat mengatakan bahawa Nabi SAW di Jabal Sal pernah berdoa atas tentera-tentera musuh ketika perang Khandaq, maka Allah makbulkan doa baginda. Masjid yang dibangun di tempat doanya Nabi SAW tersebut dinamakan dengan nama Masjid Al-Fath (Masjid Kemenangan).
Pada mulanya Masjid-masjid yang menyerupai menara ini merupakan benteng-benteng yang dibangun ketika terjadi Perang Khandaq. Perang dahsyat yang dimenangi kaum Muslimin itu atas usul salah seorang sahabat Nabi bernama Salman Al-Farisi dari Parsi, dia mengusulkan agar membuat parit yang dalam (Khandaq) ketika menghadapi pasukan musuh yang jumlahnya jauh lebih besar. Saat ini hanya tinggal satu buah masjid yang masih utuh, yang lain digantikan dengan masjid baru yang lebih besar.

Terdapat banyak lagi masjid-masjid lain di sekitar Madinah dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri di mana Rasulullah telah membangunkan masjid-masjid yang asalnya merupakan rumah-rumah dikalangan sahabat baginda. Wallahu'alam..

Wednesday, November 19, 2008

Adab di dalam Masjid Nabawi

Rasulullah membangunkan masjidnya berdasarkan asas taqwa, " solat di masjidku ini lebih afdhal 1000 kali ganda pahala daripada solat di tempat lain, kecuali di Masjid Haram"(HR BUKHARI)
Oleh yang demikian bagi penziarah yang datang ke masjid Nabawi haruslah memelihara adab ketika memasukinya.
  1. Masuk dengan kaki kanan sambil berdoa dan berjalan dengan tenang. "Dengan nama Allah dan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, Ya Allah.. bukakanlah kepadaku pintu rahmatMu". Disunatkan masuk mengikut Babussalam kalau tak jumpa tanyala arab2 kat situ. "wein babussalam?" atau "aina babussalam?"
  2. Tidak duduk di pintu masuk dan menghalangi jalan.
  3. Solat tahiyatul masjid di Raudhah atau di tempat lain di dalam masjid.
  4. Sebaiknya tidak melangkah orang di hadapan
  5. Memberi salam kepada Rasulullah dan dua orang sahabatnya (Abu Bakar&Umar).
  6. Tidak bertolak-tolakan ketika masuk dan keluar masjid.
  7. Tidak boleh tawaf mengelingi makam Rasulullah, kerana syariat islam tidak membenarkan hal demikian. Tawaf Kaabah jer takpe.
Semasa di makam Rasulullah berdoalah di dalam hati. Bertawassul dengan KEBERKATAN Rasulullah agar Allah memberi rahmat dan redha kepada kita.

p/s: Jangan carik pasal doa dengan mengangkat tangan semasa menghadap makam Rasulullah kang kene tempeleng dengan polis kat situ . Paham2 la puak2 tuw..=(

Tuesday, November 18, 2008

Madinah atau Yatsrib??

Assalamualaikum dan alhamdulillah syukur atas kurniaan Allah dengan segala nikmat yang telah diberikan. Seperti postingan2 yang lepas, aku telah menceritakan kelebihan tentang Madinah dan postingan kali ini aku akan cerita juga pasal madinah kuwa kuwaa..hehe. Lantak la nak cakap apa sebab aku suka sangat dengan Madinah nie..ha korang tahu tak nama lain bagi Madinah?

Madinah memiliki banyak nama, di antaranya ialah "Thayyibah" dan "Thaabah". Kedua-duanya bermaksud "baik". Rasulullah SAW pernah bersabda, "Sesungguhnya ia adalah Thayyibah,sesungguhnya ia dapat menghapus dosa sebagaimana api dapat menghapuskan kotoran perak".(Sahih Muslim) Dalam riwayat yang lain pula disebutkan, "barangsiapa menamai Madinah dengan Yatsrib, hendaknya ia memohon ampun kepada Allah Ta'ala. Kerana, ia adalah Thabah(baik).

Menurut Ibnu Hajar, Yatsrib bermakna dari perkataan tatsrib yang bererti menjelekkan atau menghinakan dan boleh juga bermakna "tsarab" yaitu (kerosakan) sedangkan Rasulullah lebih suka dengan nama yang baik dan membenci nama-nama yang buruk. Baiklah murid-murid itulah pelajaran kita untuk hari ini..wallahualam^^

Monday, November 17, 2008

Baqi' Al gharqad

Ini adalah perkuburan Baqi' di mana sebuah pemakaman di Madinah. Tak jauh pun.. sebelah dengan masjid Nabawi tu jer. Baqi' ni terdapat lebih dari 10 ribu sahabat, isteri dan anak-anak Nabi SAW, serta tabi'in dan para pengikutnya dikuburkan di situ. Aku tak sempat nak masuk hari tu.. sebab dekat dengan zuhur pintu dah tutup. Kalau kawan-kawan nak masuk kena datang awal-awal lepas subuh la yer. Menziarahi makam-makam ulama adalah sunnah. Lebih-lebih lagi makam para auliya`.Rasulullah juga pernah memintakan ampun bagi penghuni Baqi' . ha, jangan jadi macam puak-puak yang mengharamkan bertawassul tu plak =)


Sunday, November 16, 2008

Cinta tinggal di Madinah

Pada zaman Rasulullah dahulu, ada juga kaum muslimin yang berhijrah keluar dari madinah atas sebab-sebab tertentu. Tetapi apa yang aku ingin ceritakan di sini bahawasanya, terdapat kelebihan sekiranya diberi peluang untuk tinggal dan menetap di Madinah.

Ada satu kisah bahawa sewaktu ramai orang yang keluar Madinah menuju ke Yaman dan tempat-tempat yang lain, lalu Rasulullah bersabda, "Madinah lebih baik bagi mereka seandainya mereka tahu. Tidak seorang pun yang meninggalkannya kecuali Allah akan menggantikannya dengan orang yang lebih baik serta tidak pula seorang yang teguh atas kelaparan dan kesulitan hidup di dalamnya, kecuali aku akan menjadi syafaat dan saksi atasnya di hari kiamat". (HR.Muslim. Sahih Muslim)
Alangkah bertuahnya sekiranya dapat aku menetap di Madinah, dan beruntunglah siapa tinggal di sana sezaman dengan Rasulullah SAW. Sehinggakan pada suatu hari Rasululah bersabda, "Barangsiapa mampu mati di Madinah, maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan bersaksi bagi orang yang mati di dalamnya". Lantas diketahui oleh Umar lalu terus dia berdoa, "ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanMu, dan jadikanlah matiku di negeri RasulMu.

Betapa hebatnya kesungguhan para sahabat kerana mereka benar-bernar yakin dengan kata-kata Rasulullah dan mengambil peluang sebolehnya. Sehinggakan sanggup berdoa kepada Allah agar dimatikan ditempat yang mulia. Kita pula?? Tak nak ke doa macam tu?? sekurang-kurangnya tanam niat di hati la ye. Sendiri fikir.. masing-masing da besor^^

Saturday, November 15, 2008

Doa Nabi untuk Madinah

Alhamdulilah, syukur kepada Allah yang Maha Esa kerana hari inidapat diberi kekuatan untuk menaip apa yang berada di dalam fikiranku selama ini dan inginku kongsi bersama teman - temanku yang berkunjung ke blog ini. aiseh..skema la plak.
walaupun blog ini sudah lama tidak diupdate dek kerana internet yang diputuskan selama dua bulan atas sebab-sebab tertentu.



Mungkin ada yang tertanya-tanya kemanakah aku menghilang selama ini. adojo.. tak kemana pun. Cuma aku buat umrah jer baru2 ni sebab tu la internet diputuskan ek eleeeeh... Macam-macamlah pengalaman menarik dan sedih selama sebulan aku di sana.
InsyaAllah, aku akan menceritakan sedikit sebanyak tempat-tempat yang aku lawati tu dengan posting2 yang akang datang.


Bukanlah untuk menunjuk-nunjuk yang aku ni dah pergi ke tanah suci, hakikatnya aku ingin berkongsi dengan teman-teman apa yang telah aku rasai dan tahu tentang sejarah-sejarah warisan islam di sana. Aku ingin menyatakan bahawa setibanya aku di Madinah perasaanku sungguh gembira walaupun waktu itu aku dalam keletihan bermusafir. Sungguh berbeza sekali suasana di Madinah berbanding di tempat-tempat yang lain. Kerana Madinah adalah tempat dan kawasan barakah di mana terletaknya kediaman Nabi kita Muhammad SAW suatu ketika dahulu.



Hadis ini datanya dari Aisyah RA. dia berkata, ketika kami masuk ke Madinah adalah negeri dan tempat bersarangya penyakit. Lalu Rasulullah SAW berdoa, "Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah, sebagaimana Engkau menberikan kecintaan kepada Mekah atau lebih dari itu dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalan dan gantilah wabah penyakitnya dengan juhfah".



Dalam riwayat yang lain pula, Umar RA telah berkata, "Di Madinah harga-harga barang naik hingga harus bekerja keras", lalu Rasulullah SAW bersabda, "Bersabarlah, dan berilah khabar gembira, sesungguhnya aku telah memberkati bekal dan makanan kalian, maka makanlah dan janganlah bercerai berai. Sesungguhnya makanan satu orang cukup untuk berdua, makanan untuk berdua cukup untuk berempat, dan makanan untuk berempat cukup untuk berlima atau berenam. Sesungguhnya barakah itu ada dalam kebersamaan. Barangsiapa bersabar atas penderitaannya, aku akan menjadi saksi di hari kiamat...(HR. Bazzar, majma` al zawaaid)





Begitu barakahnya sehinggakan Rasulullah mendoakan untuk Madinah dan banyak peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku di sini. Insyaallah aku akan ceritakan dalam posting yang akan datang.. tunggu ler sampai janggutmu beruban^^
wassalam..

Recent Posts