Monday, April 21, 2008

Imtihan

Al an..a`malu isti`dad li ada il imtihan...salam imtihan wat teman2 seperjuangan, std moga najah kabir tahun nie..jaga makan minum.. jaga kesihatan.. jgn maen tgh panas.. std jgn la wat muke sardin.. kne bersemangat ler..maaf salah silap jika ada tersalah kata.. terasa dan sebagainya..
sama2 laa kita doa agar ilmu yg kita pelajari ini dapat kita manfaatkan kelak..perbetulkan niat kerana Allah S.W.T
solat hajat jgn dilupakan..istiqamah dalam urusan berusaha doa dan tawakal..mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yg diberi rahmat dari Allah Taala..insyaAllah..amiin..

bitaufiq wannajah..
Photobucket

Sunday, April 20, 2008

Budi pekerti Rasulullah


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk
sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau
memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi
aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku
menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan
tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu
rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin
tuan sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang
kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda
menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah
ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan
penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa
ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah,
bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku
ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."


Tuesday, April 15, 2008

coi sakit

kelmarin aku ada kat kaherah..balik sbb nk tgok coi ( rasul ) dia sakit demam kuning doktor ckp hepatatis A. pastu hati bengkak.. seram plak dga bdak2 ni citer..jadi aku dtg sendiri(belum berkahwin)untuk ziarah dia. Alhamdulillah.. smpai di kaherah aku tgok coi da semakin pulih. aku tahu sebelum ni dia kne demam panas dkat 2 minggu di Tanta tapi x sangka plak smpai teruk mcm tu skali..kat wad Tanta 2 kali masuk air. kne cucuk byk kali ..aduih bab maen dgn jarum ni aku x berkenan sgt,nk jahit butang baju pon asik tercucuk jarumPhotobucket msa aku balik tu pun esok dia kne cucuk lagi kat ospital kaherah plak nk check darah lg. yang terharunya ust hairul nizam(mantan PMRAM) sendiri temankan coi ke sana.

sian tgok coi.. org laen mata putih dia sorang mata kuning.. masa dia demam teruk aritu msti dia tertekan..nasib baek lah ada bdak2 kat tanta tu tlog jaga coi kat sana..kawan2 dah mcm adik beradik sendiri..sggup bersengkang mata gilir2 tgok coi.. tp alhamdulillah sblum balik ke zaqziq.. aku tgok coi da ok skit..x laa bdak2 ni risau sgt. cadang balik kaherah 1 malam jer kat sana tgok coi.. tp duk layan shazri (syeikh garang) tu terlajak smpai 3 malam.. tekantoi plak kuliahPhotobuckethehe..

ha nk bgtahu..spe2 yg ske makan kibdah ker.. kuftah tu ker.. kurang2 laa mkn mende tu skit yer..aku pon da kurang dah.. sbb doktor ckp mungkin penyediaan makanan tu x berapa bersih.
ha pastu mkn laa buah2 byk skit..sayur2 tu msti ada kalau nk makan nasik. paling malas ko mkn timun lah cam bdak2 umah aku skangPhotobucket oklah.. nk pegi makan timun ni.. babai..assalamualaikum..