Thursday, March 27, 2008

Wednesday, March 26, 2008

Harian yang Hairan

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera.. apsal aku slalu posting jam 3 pagi hehe..adakah itu masa terluang yang aku ada? atau bru bgun dr tdo waktu lepas mgrib? atau jadual tdo aku mcm tu? qiamulail? takleh tdo? hehe.. ikut laa yg mana2..cakap tipu kang berdosa plak haha...Photobucket

imtihan nk dekat dah weeeyh...tahun nih nk std pulun2..tak nak std cam tahun lepas kusut jer.. masa tingggal 2 bln lagik..sempat sgt nota2 tu aku kne setelkan.. kadang2 teringat kes tahun lepas demam teruk sepanjang imtihan fasa dua..sedih sgt2 sbb x dpt nk tumpu std terbaring jer..Photobucketmmg itulah ujian yg hanya sedikit baru diujui Allah kepada aku.
std2 jugak kesihatan kne jaga igt tuu wahai kawan2.. jaga hubungan kita dgn Allah selalu.. baca quran.. khatamkan al quran utk tahun ini..hermm.. insyaAllah.. kalau kita slalu igt Allah.. Allah akan selalu ingat kita..aku slalu mikir, peluang belajar dekat mesir ni..memang banyak, cuma malas rajin jer..aku pun ada gak time malas tu huhu..nauzubillah. tp btol la..klau nk harapkan kuliah kat al azhar semata2 x menjadi jgak.. bgusnya bertalaki bersama ustaz2 dan syeikh2 arab.
yg pic kat atas ni xde kene mngena dgn blajar.. sjer ngader2 letak nk bg tau aku sker men bola.. tak kira laa game bola ker..bola futsal ker.. janji bola tu bulat leh sepak kuat2.Photobucketberbalik kepada perbincangan kita td.. dkat cni aku nk kongsi satu link pengajian yg memang btul2 bermanfaat bg kita smua..lebih2 lagi sapa2 yg betul2 nk faham dan belajar ilmu agama. pengajian ni live dari kaherah setiap pagi slpas solat subuh di Mesir. kire2 jam 12 tgh ari laa waktu mesia skang. klas disampaikan oleh al fadhil Ust.Muhammad Aidil Azwal. membincangkan kitab Riyadh Solihin, Haza halal wa haza Haram, Minhaj tolibin, dan durarul bahiyah..ada peluang amik lah kesempatan ni mudah - mudahan ilmu agama kita bertambah hari demi hari dan beramal dgnnya.InsyaAllah.. ni address --->http://www.mymkkk.org/m3ktv/
x tahan tgok topek wat muke camtu.. x pnah hayat senyum dpn camera hehe.. sblah kanan topek tue 2 org ahli bet junior aku yg baru Paik dgn Pulah.. slalu wat muke gabra bile arab dtg umah..hantar tong gas hehehe..Photobucket tp ok laa dua2 pndai masak.. senang hati kami yg tua2 nie hehehe...

Saturday, March 22, 2008

KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM YANG MEMBANTUTKAN USAHA DAKWAH DI JALAN ALLAH DALAM KONTEKS PENUNTUT ILMU

Jika dikaji dengan lebih mendalam kita akan mendapati sebab – sebab kurang prihatinnya individu muslim terhadap kerja – kerja dakwah terutamanya prasangka, kekeliruan dan prospek serong tentang dakwah. Mungkin disebabkan was – was syaitan atau hawa nafsu atau mungkin juga terkesan kepada fikiran yang tidak baik kesan dari perang saraf yang menyelinap masuk kedalam minda umat islam kini. Di antara sebab penuntut ilmu merasa tidak berminat untuk menjalankan kerja – kerja dakwah adalah :

Menyangka dakwah ini adalah kewajiban ulama sahaja, dan berkata sebelum menjalankan dakwah mestilah menjadikan dirinya seorang berpelajaran tinggi sebelum bergiat dalam bidang ini.

SANGGAHAN : Niat yang sebegini rupa telah memesongkan maksud kamu. Yang sebenarnya yakni belajar adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai kerana pintu kemanfaatan akan bertambah dan tidak akan berkurangan sedikit pun. Ilmu akan bertambah dengan mengajar, sebagai seorag penuntut ilmu yang ikhlas di dalam menuntut ilmu hendaklah merasakan dirinya itu jahil apabila bertambah ilmunya, tiada ruang yang dapat untuk melihat dirinya mahir. Barangsiapa yang melihat irinya telah mahir di dalam ilmu serta boleh menjalankan kerja – kerja dakwah menyebabkan terjerumus di dalam sifat ujub.. ya Allah hindarilah hambamu ini..!!

Gentar jika diajukan soalan yang tidak mampu diselesaikannya menyebabkan dirinya dipandang rendah

SANGGAHAN : Ini merupakan penyakit hati yang sentiasa menginginkan kemahsyuran dan kepujian atas dirinya serta tidak sanggup menerima penghinaan di dalam menjalankan dakwah di jalan Allah. Ketahuilah bahawasanya para sahabat r.a apabila ditanya sesuatu yang tidak diketahuinya maka akan berkata kami tidak mengetahuinya.

Tanggapan – tanggapan dan sikap sebegini mungkin boleh merosakkan semangat seseorang penunut ilmu itu dalam menegakkan syariat Allah. Oleh yang demikian, wajarlah kepada kita sebagai pendokong agama yang dididik dengan kefahaman agama dapat menyampaikan dakwah serta ilmu kepada masyarakat kelak untuk kebaikan dan manfaat bersama. Wallahua`lam.

Wednesday, March 19, 2008

Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Pagi ni ,selepas selesai hafalan al Quran..aku sja bukak tingkap bilik luas2 dan memerhati keindahan pagi tarikhnya kelahiran Nabi kita junjungan besar Muhammad SAW di tanah bumi ambia` ini... Tenang je rasa menghirup udara segar pagi2 ...burung2 sibuk berzikir dan berselawat ke atas Nabi.. langit mula cerah menampakkan sinaran di celahan terbitnya matahari.. tah napa pagi ni.. rasa btul2 seronok...Subhanallah...alhamdulillah... Allahuakbar...selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kekasih Allah penghulu segala Nabi...hingga ke akhir zaman..

12 rabi`ul awal Tahun Gajah ( 570 Masehi ) lahirnya seorang anak lelaki kecil yg bakal memimpin dunia.. dialah Rasulullah.. pahit getir perjuanganmu di lalui bersama para sahabat dalam membawa chaya kebenaran..sgguh cekal hatimu..sgguh tabah jiwamu melepasi apa jua rintangan..tingginya Akhlakmu sbgai ikutan ummah , sesungguhnya engkaulah Rasul mulia.

Ya Allah...terimalah amal kami.. seperti kau terima amal Rasulullah... dekatkanlah kami kpdaMu..seperti dkatnya Rasulullah.. terimalah taubat kami dan limpahkanlah rahmatMu kpda kami sesungguhnya Engkaulah Pemberi Rahmat dan Maha pengampun... amiiinnn...

haa...selawat byk2 ari nie...InsyaAllah..ada ganjaran dr Allah. tp jgn selawat takat arini jer.. tiap2 ari kalau blh.. duduk termenung tu tgh mikir masa dpn.. zikir2 dan selawatlaa dapat jgak pahala kan..lebih2 lagi ari jumaat berlipat ganda pahalanya tu. Malaikat2 pun akan mendoakan kita mndapat pengampunan dr Allah...InsyaAllah.....

Nasab Keturunan Nabi s.a.w

* Terdapat tiga peringkat bagi nasab Nabi s.a.w di mana satu peringkat disepakati oleh ahli sejarah dan salasilah iaitu salasilah keturunan baginda hingga kepada ‘Adnan.

* Satu peringkat lagi menjadi perselisihan di kalangan mereka di mana ada mereka yang menerimanya dan ada yang bertawaqquf (tidak mengambil sebarang pendirian), iaitu salasilah keturunan Nabi dari ‘Adnan hingga Ibrahim a.s.

* Peringkat seterusnya tidak diragui lagi bahawa ia memuatkan fakta-fakta yang tidak sahih iaitu salasilah baginda dari Ibrahim a.s hingga kepada Adam a.s. Kami telah menyebutkan sebahagian salasilah ini dan di sini akan dibentang secara terperinci tiga peringkat salasilah yang tersebut:

* Peringkat pertama: Muhammad bin Abdullah bin Abd. al-Muttalib (nama sebenarnya ialah Syaybah) bin Hashim (nama sebenarnya ialah ‘Amru) bin Abdu Manaf (nama sebenarnya ialah al-Mughirah) bin Qusay (nama sebenarnya ialah Zayd) bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr (yang digelar dengan gelaran Quraisy dan melaluinya dinisbahkan kabilah Quraisy) bin Malik bin al-Nadr (namanya ialah Qays) bin Kinanah bin Khuzaymah bin Mudrikah (nama sebenarnya ialah ‘Amir) bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma‘ad bin ‘Adnan.

* Peringkat kedua: Iaitu salasilah di atas ‘Adnan, iaitu ‘Adnan bin Ad bin Humaysa’ bin Sulaiman bin ‘Aus bin Buz bin Qumwal bin Ubay bin ‘awwam bin Nashid bin Haza bin Baldas bin Yadlaf bin Tabikh bin Jahim bin Nahish bin Makhi bin ‘Ayd bin ‘abqar bin ‘Ubayd bin Da’a bin Hamdan bin Sinbar bin Yathribi bin Yahzan bin Yalhan bin Ar‘awa bin Ayd bin Dishan bin ‘Aysar bin Afnad bin Ayham bin Muqsir bin Nahith bin Zarih bin Sumay bin Muzay bin ‘Audah bin ‘Iram bin Qaydar bin Ismail bin Ibrahim a.s.

* Peringkat ketiga: Iaitu salasilah di atas Ibrahim a.s, iaitu Ibrahim bin Tarih (nama sebenarnya Azar) bin Nahur bin Saru’ -- atau Sarugh - bin Ra‘u bin Falikh bin Abir bin Shalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh a.s bin Lamik bin Mutawshalakh bin Akhnukh (dikatakan beliau ialah Nabi Idris a.s) bin Yazid bin Mahla’il bin Qaynan bin Anushah bin Shith bin Adam a.s.

* Dipetik daripada buku Sirah Nabawiyah terbitan Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim)

Saturday, March 8, 2008

pilihanraya

Sinar islam kian menyinar di tanah malaya..BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri iaitu Kelantan,Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Selangor.... TaKbiiiiiiiiiiiiiiiRRrRRRRrrrrr..... AllahuAkbar!!!!!

Tertib Mukmin


4 Cara Tidur [petua imam Syafie]

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Petua Imam Syafie.
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama