Thursday, December 21, 2006

siapa pakai cincin?

Pemakaian Cincin
JARI MANA DISYARIATKAN MEMAKAI CINCIN ?




Diantara 13 nasihat Nabi Muhammad SAW. kepada Saidina Ali k.w. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda adalah cara pemakaian cincin.


Nabi SAW. berpesan kepada Saidina Ali iaitu jika memakai cincin pakailah di jari:-
1] jari manis


2] jari kelingking (anak jari)



dan jangan memakai pada jari


1] jari tengah


2] jari telunjuk



Nabi Muhammad SAW. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Kaifiyat memakai cincin ini adalah termasuk lelaki mahupun perempuan.



Ikhwah dan Akhawat yang dirahmati Allah,marilah kita sama-sama muhasabah diri serta menasihati kawan-kawan dan ahli keluarga kita tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam. Sekiranya memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW. insyaAllah dapatlah kita pahala.
Wallahu a'lam .



1 comment: