Thursday, March 29, 2007

rabiulawal

makam Nabi Muhammad S.A.W

Rabiulawal

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

bahagia

Aduhaaaii...
Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong nanti..
Di satu hari time berhadapan dgn yang Maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari time berhadapan dgn yang Maha Esa

Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia abaya, telekong..
Bila berjumpa dengan Kekasih die Yang Utama
dia lagi nampak cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya..
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, study elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila ajak chatting sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die ..
rindu pun ader...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share syurga sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,
Dosa kiter..kompem setel sendiri...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


P/S - Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...dan ingat cinta yang hakiki adalah cintakan Ilahi..
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...

Wassalam

Sunday, March 11, 2007



Assalamualaikum… huaaaargggh.. setelah berdekad2 lamanye ana tidak mengupdate ini blog makmlumlaa bru balik dari kaherah lame jgak berkampung kat sne main bola pnyer psal laju jer…lagipun duk cni kne la beriadah sket bru laa bleh tumpu study hehe.. cover sket mak aku der jgak bce blog nih huhu.. ehem…dan kini… bru ler ader mse untuk menceritakan serba sedikit pasal jaulah ana ke Sinai bulan lepas.. hehe.. da basi daa.. tapi x kesah laa… sebab bnyak mende ana nak kongsikan bersama nih..
Kembara Syarqiah 2 ~ Jejak Jazirah Thursina itulah rombongan yg paling meletihkan sepanjang ana kat mesir nih. Tarikh 6,7,8 Febuari 2007…
Kebiasaannya selepas imtihan fasal pertama pelajar-pelajar Al-Azhar Malaysia tidak akan melepaskan peluang sekiranya diadakan jaulah seperti ini..tidak terkecualilah ana..sambil dapat berjalan-jalan di tempat orang dpt jgak menambahkan lagi thaqafah serta melihat dengan sendiri kesan2 sejarah para Nabi dan pejuang islam terdahulu..

6.Feb.2007 jam 3 pagi
Berkumpul di depan masjid Al- Fatah dengan wajah yang ceria lagi mempersona…dan kami selamat bertolak jam 7.00 pagi !! ArrrggGghh…4 jam kne tggu ! bengang tol masing2 kat driver bas arituh..!!! sabo…sabo…
Nak cerita psal Semenanjung Sinai ni.. dari segi fizikalnya..merupakan segitiga dataran mirip sebuah pulau yang diapit oleh Teluk Suez di barat dan Teluk Aqabah di sebelah timur. Dibahagikan kepada dua wilayah iaitu Utara dan Selatan.
Bentuk muka bumi di Semenanjung Sinai ni..dilitupi padang pasir dan gunung ganang dan batu yang kering kontang. Namun di sebaliknya terdapat pelbagai sejarah Nabi di antaranya perjalanan Nabi Allah Ibrahim a.s ke Syam, Nabi Musa, Nabi Harun, dan lain-lain peerhh.. cam jejak rasul lak aku nih.. huhu.


ustat Asyraf memberi penerangan semasa melalui terowong

Terowong Ahmad Hamdi
Untuk melepasi sempadan antara tanah besar Mesir disebelah barat ke Semenanjung Sinai di sebelah timur..kami melalui terowong yang dikenali sebagai terowong Ahmad Hamdi. Terowong nih mempunyai laluan dua hala dan dikawal ketat serta rapi bagi keselamatan penggunanya.Terowong ini juga terletak di bawah paras terusan Suez iaitu
sebuah terusan ciptaan manusia di bawah syarikat yang dikendalikan oleh Perancis.
1859 mula dibina.(semasa zaman pemerintahan Said Basya) dan siap dibuka dengan rasminya 10 tahun kemudian 17 Nov 1869.
Manakala kerja-kerja penggalian terowong ini dilakukan oleh seramai 60 000 orang petani mesir dengan pendapatan dua sen sehari.


Kubu Tentera Israel ( Khattul Berlim)
Selepas melalui terowong kami singgah ke kubu lama Israel jalan ana x ingat tapi blah2 kiri aar haha.. sesat laa ko klu aku jadik musrif korang huhu..citer dia cmni.. pada tahun1973, tentera Mesir Berjaya merampas semula Semenanjung Sinai dari tangan tentera Israel semasa perang Mesir Israel. Pada tahun 1994 barulah kubu ini dibuka kepada kunjungan umum. Rampasan ini melambangkan bagaimana cintanya mereka kepada Negara Mesir seperti cinta dan memelihara ibu mereka sendiri.. Keranamu Malaysia.. hehe smer geli..
Dalam bilik komando, ada tiga alat komunikasi. Satu untuk menghubungi kementerian pertahanan Israel. Dua untuk menghubungi kubu2 lain dan yang ketiga memberi arahan dalaman sekitar kubu. Di sini terdapat benteng di mana meriam ditempatkan. Di bina dari besi landasan keretapi dan ditutupi diatasnya dengan tiga lapisan batu pejal. Di kubu ini juga terdapat 14.6-24km meriam buatan Amerika. Dikawasan ini merupakan pusat kawalan paling tinggi kerana dapat melihat dengan jelas Bandar Suez dengan menggunakan teropong jarak jauh.
Terdapat sebanyak 36 buah kubu yang telah dibina oleh Israel sepanjang terusan Suez sejauh 158km bermula dari utara hingga ke selatan dan juga ditanam periuk api supaya tidak mudah diceroboh. kedebOoOOoom.. uih dasyat tuu.. sebut jer da meletup ngahaa..



Uyun musa
Kemudian kami trus ke destinasi seterusnya… iaitu uyun Musa.
Pada asalnya terdapat 12 mata air namun 10 daripadanya telah tertimbus. Sejak akhir2 ini telah dilakukan usaha-usaha untuk menjejaki semula 10 mata air lagi yang tertimbus. Namun ada pendapat yang mengatakan 12 mata air sebenarnya terletak di kaki jabal Musa.


Laut yang berhadapan dengan uyun musa ini adalah laut yang terbelah dua ketika nabi Musa dan pengikutnya bani Israel melarikan diri dari tentera firaun laknatullah alaih.
Telah dikisahkan di dalam surah Al-Baqarah ayat 60.


Hamam Firaun
Terletak di pantai barat teluk Suez. Di sini terdapat sebuah gua. Suhu dan udara di dalam gua adalah lebih panas berbanding diluar disebabkan oleh terdapat banyak belerang dan sulfur didalam gua tersebut. Di luarnya pula terdapat air panas yang mengalir menuju kelaut. Dipercayai sekiranya mandi dengan menggunakan air panas didalam gua tersebut boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit kulit termasuklah remotism.sebab aper nme hamam firaun? Tidak hamam qarun, tidak hamam ali baba? Sebab.. firaun pernah lepak kat dalam nih dlu.. kat dalam nih duduk laa dalam dua minit jer tapi leh berpeluh macam lari satu stadium..huhu.

Maqam nabi Salleh
Pendapat ulama tarikh, setelah Allah memusnahkan kaum nabi thamud, nabi Salleh dan pengikutnya yang beriman menuju ke Ramallah, Palestin kerana ianya adalah kawasan subur yang palig hampir dengan kawasan asal mereka.
Ada yang berpendapat mereka menuju ke Hadramaut dan nabi Allah Salleh wafat di sana.
Ada juga pendapat yang mengatakan mereka menuju ke Makkah dan wafat di sana. Maqam baginda terletak di barat ka`bah..



Pekan Saint Chaterine
Setelah berjam-jam perjalanan tibalah kami di pekan Saint Chaterine.. ermm cam pekan ala2 koboi la.. Terletak 3 km dari kaki jabal Musa. Walaupun ia merupakan sebuah pekan yang kecil,tetapi ia dilengkapi dengan kemudahan asas seperti masjid, kedai runcit, bank, sekolah dan rumah tumpangan untuk pengunjung berehat sebelum mendaki jabal Musa.


se..se..sejuk...ah


12 mata air
Dekat Saint chaterine tuh hari dah gelap..kami solat maghrib dlu..time tuh memang sejuk sangat2.. kaki,tangan smuanya pucat sejuk btul… walaupun demikian hehe skima lak..
Kami trus ker 12 mata air.. dgn berjalan kaki meredah malam melalui kaki bukit utk smpai ketempat tu.. 12 mata air ini adalah antara pendapat yg rajih dari ulama`…
Ketika nabi Allah Musa memohon air dari Allah untuk kaumnya maka Allah telah memerintahkan baginda supaya memukul batu dengan tongkatnya, maka keluarlah air dari batu tersebut sebanyak 12 mata air untuk diberi minum kepada 12 suku kaumnya dari bani Israel.


Selepas ke 12 mata air.. kami balik smula ker saint Chaterine tuk berehat di camp tumpangan tah aper nme tah ana pun x ingat.huhu..makan aperlah nko ni wan hess..

7.Feb.2007 jam 3.00 pagi
Kami bangun tuk bersiap mendaki gunung Sinai.. huu.. pakai baju 8 lapis beb.. sluar 3 lapis.. stokin 3 lapis.. kasut satu dah laa hehe.. x sabar2 yeer nak panjat gunung..haa tunggu…Kami berkumpul di kaki bukit sblom berangkat cewah siap stretching lagi ustaz-ustaz nih huhu.. eleh mula2 jer smgat..lpas tuu bru jer smpai checkpoint yg pertama smua pancit wahaha…pam balik..pam balik.. ingat taya beskal kew..lpas sorang.. soraaaang nmpak tebaring atas atas salji tuh.. ngahaha…oksigen2.. smer laa aku pooon.. huhu.. ingat nak putus asa jer pagi tuh.. da laa gelap lampu picit wat hal plak.. sejuk tak yah kabo laa ..kasut licin!! Spe suh pkai kasut pejabat..!! berat plak baju nih.. heeergghh!! nyasal pkai baju bnyak2 wuhuuu periit..hahaha..
Wat malu kat akhawat jer aku nih.. diorang steady jeer kut.. hehe..kut…nyer ..laoooh..
Alhamdulillah panjat pnyer panjat smpai laa kat atas tuh.. de laa dlm 4 jam mendaki haha lembab tol..bru ana tringat terasa mcm mana nabi Musa dan kaumnya dari bani Israel mendaki kat jabal nih.. terasa sukar nak smpai ke atas tu.. tinggi dan berbatu curam..
Di puncak inilah berlakunya peristiwa munajat nabi Allah Musa a.s selama 40 hari sebagaimana yang terakam sempurna di dalam surah Al-a`raf ayat 143.
Kat atas tu jgak terdapat sebuah gereja ortodoks dan musolla kecil untuk bersolat. Puncak jabal Musa 2637m dari aras laut. Merupakan gunung tertinggi di Sinai. Memang sejuk giler kat atas tuh..

oRanG buLan tuRuN berIstiRehat..


Ya Syazrie..!! eNtu ruh faEn..???



AllahuAkbar..cantik btul peRmandaNgan mse nih..


Biara Saint Chaterine
Pada asalnya, dibina atas nama Saidah Aghra` iaitu Saidah Mariam. Dibina oleh seorang jurutera Rom yang bernama Stephenes pada kurun ke 4 masihi. Mula dibina pada tahun 548 masihi dan siap pada 565 masihi dan ditukar nama st Chaterine pada kurun ke 9 masihi.



Kesan patung emas samiri
Dibuat oleh Samiri iaitu seorang yang munafik dikalangan pengikut nabi Musa. Patung ini dibuat untuk disembah oleh bani Israel ketika Nabi Musa bermunajat kepada Allah selama 40 hari. Dibuat semata-mata untuk menyesatkan bani Israel dan meninggalkan ajaran nabi Musa a.s (pendapat tempat terlalu longgar dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya)




Maqam nabi Harun
Saudara seibu kepada nabi Allah Musa a.s baginda wafat sebelum nabi Allah musa dan dimaqamkan disebuah bukit kecil yang bernama jabal Hur.



Dahab
Destinasi utama pelancong kelas pertengahan.
Diambil dari perkataan zahab (Dahab iaitu dalam lahjah ammiah Mesir)

Qal`ah Salahuddin Al-Ayubi

atas bot
8.Feb.2007 pagi..
Qal a`h Salahuddin Al ayubi.
Terdapat kubu salahuddin ketika perang salib. Di pantai barat teluk Aqabah.
Pada asalnya kubu ini adalah sebuah pulau yang terdiri dari bongkah batu gunung berapi.
Keadaaan geografinya yang mantap dan kedudukannya yang strategik di sempadan tiga buah negara menjadikan ianya masyhur sejak zaman berzaman.
Merupakan markas pertahanan hadapan kerajaan Mesir purba, kerajaan Baizanteen dan kerajaan Toulun dan yang terakhir kerajaan salahudin Al ayubi yang telah membina kubu pertahanan bagi menghadapi tentera salibiah untuk membebaskan baitulmaqdis dari cengkaman kristian yang zalim. Kubu ini dibina pada tahun 566 hijrah bersamaan 1170 masihi.


Pastu kami pun balik….hehe.. klu de peluang ana nak pegi lagi.. mungkin tahun 4 nanti kut.. ziarah untuk kali terakhir.. sebelum pulang ke tanah air…. Wallahu` alam..

Blakang tu Negara Israel.. yahudi laknatullah alaih..

Bergambar keNaNgan sebeLum berangkat puLAng ke Zaqaziq..

Recent Posts