Monday, June 25, 2007

Malaysia..here i come...!!!


Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.. pujianku pada Tuhan yg Esa..telah memberi nikmat kehidupan kepadaku untuk meneruskan perjuangan sbgai penuntut Azhari.
bertarikh 25/6 genap 21 umurku hari ini maka bertambah usiaku.. dan bertambahlah tanggungjawabku sbgai seorang muslim. kuharap agar jiwa dan akalku matang dalam melakukan sesuatu perkara kelak.
Esok 26/6 aku, akan berlepas dari mator kaherah ke Malaysia untuk menemui keluargaku yg kurindui.."ibu,ayah... anakmu apis akan tiba beberapa jam lagi...

Buat sahabat2ku di mesir.. tahun ini aku pulang ke tanah air, mungkin tahun akan dtg giliran antum pula...buat ahli baet yg tercinta.. topek,ku ucap selamat menunaikan umrah pda 10/7 . jgn lupa doakan aku dan teman2 yang lain dhadapan pintu multazam nti.
syazriy musuh ketat bicaraku.. moge selamat berlepas ke uganda. anip paling junior di rumah.. tolong jge komputer aku. dan last skali... ijat, jge lah rumah.besarkanlah badanmu itu.akhir kalam, doakan aku selamat smpai di Malaysia... wahai sahabat.. jaga dirimu hiasi peribadimu..
assalamualaikum...

yang baek,
wan..

p/s:skali bace cam wasiat plak dah hehe.

Saturday, June 16, 2007

isteri solehah

Menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah
senang dan lapang.

Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya,tukar
tiang pintu rumahnya(sebagai kiasan
supaya menceraikan isterinya).

Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam
kesempitan,
tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu
serta meminta
kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?Mudah-mudahan dalam
kesenangan?

Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan
sejahtera,tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan
minum mereka.


(Berdasarkan peristiwa ini,Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang,sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya
sepertimu.

Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik,tiada
apapun yang
kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan
tiang pintu
rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang
dimaksudkannya itu ialah
dirimu yang dimintanya untuk aku
kekalkan.

Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.” (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah,untuk menyediakan diri sebagai isteri salehah,hati hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani.Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan adalah sejarah kehidupan Nabi serta orang-orang yang soleh.

Rindu hati siapa?



Rindu itu umpama angin,
Halusnya menyelinap keseluruh hati,
Menciptakan buana indah,
Menjadi angan berteman harapan,
Hingga kembang kudup kasih,
Mekar mewangi seluruh impian.

Rindu itu umpama ombak,
Datang dan pergi bertemu pantai,
Ada waktunya berdesir syahdu,
Hingga leka dibuai merdu,
Ada waktunya dilanda gelora,
Amukkannya memuncak melanggar dunia.

Rindu itu umpama bisa,
Yang harus dicari penawarnya,
Agar tidak meracun seluruh jiwa.
Namun rindu bukan derita,
Yang mengundang wabak duka,
Andai dirawat sakitnya,
Dengan doa dan keikhlasan.

Telah ku temui
Kerinduan itu
namun mengapa
Ianya tertunduk malu

Ku hadir .. Kau berlalu
Kau di situ .. Ku membeku

Kerinduan ini
Lempiaskan ingatan
Pada manisnya
Simpulan kata
Pada indahnya
Pantun seloka

Mungkinkah terjadi
Semula..
Yang dirindu di depan
Mata..
Yang di cari tersenyum
Manja..


aku bukan pelari
bukan jua penanti
ku hanya pemerhati
pada setianya
sekeping hati
yang tertinggal
menjadi sesal
harapan sendiri
melingkari pasti
ku yakini
masih ada lagi
mentari
menyinari serinya
pada kerinduaan
ini..


Rindu ini..
Khusus untukmu
Jua untukku
Moga kan bertemu
Di hujung sebuah
kemuncak Rindu......

Monday, June 4, 2007

adeh..sakit

uiiih... imithan baki 2 paper lagi. xdaye da weeeey... cpt laa abes oi..!! smgat dah down time start demam ritu la.. dah catat sejarah alatul kat mesir ni demam seminggu hermm btul2 Allah nak uji ni.herrmm kali ni posting aku nak ngeluh jer la.... tgoklaa ank mak ayah nii.. da kurus keding daa.. wuuu... makan pun da x slera da. mkn skit khasiat tuk bdan pun skit laa kut...tu yg smpai demam ker??cmne leh jd cmni niii.. hisssh..is..ish... sian nyeer.... nak ckp ahli bait aku masak x sdap tak pulak. mknan punyer la mewah. ari2 mkan lauk sdap2.. ayam belanda,kerbau,unta bakar,ketam goreng huh. tapi tu la.. xnak laa jgak nak membesor..
eeermm...mungkin aku stress ngan pekse nih... 10 madah mau xde tekanan.. harap2 aku dapat lalui hari2 seterusnye dgn lebih semangat dan sihat. kawan2...ud u`li bitaufiq wannajah fii imtihan fiddunya wal akhirah. amiin ya rabbal a`lamiin.