Wednesday, February 21, 2007

agamaku

Apakah maksud Islam agama sejagat?

Maksud Islam agama sejagat ialah agama untuk seluruh manusia dan tidak terbatas kepada bangsa arab semata mata. Al Quran menjelaskan Rasulullah diutuskan untuk sekalian alam. Jika dilihat kepada dakwah baginda di peringkat awalnya dari segi tekniknya tertumpu kepada keluarga terdekat, setelah itu kepada perwakilan-perwakilan Arab yang datang menunaikan haji di Mekah.

Setelah itu Allah SWT memerintahkan baginda berhijrah ke Madinah, di sini Rasulullah menyebarkan dakwah dalam bentuk internasional, di mana orang-orang yang memeluk islam merangkumi bangsa-bangsa seluruh dunia. Bilal umpamanya adalah dari bangsa Habsyi sebagai mewakili benua Afrika, Suhaib ar-Rumi sebagai mewakili benua Eropah, dan Salman al-Farisi sebagai mewakili benua Asia.

Dari kalangan bangsa Yahudi yang memeluk Islam ialah antaranya Abdullah bin Salam salah seorang tokoh besar dalam agama Yahudi. Dari kalangan penganut agama Kristian pula ialah Adi bin Hatim At-Tai, salah seorang tokoh Kristian terkenal pada masa itu. Rasulullah SAW juga menghantar surat kepada maharaja Parsi, Rom, Mesir,Yaman dan Habsyah menyeru mereka kepada agama Islam. Kebanyakan daripada pemimpin negara ketika itu menyambut seruan Rasulullah untuk memeluk atau melaksanakan ajaran Islam, walaupun ada negara kuasa besar seperti Parsi cuba untuk menentang kemaraan Islam, namun ia mengalami kekalahan sehingga kerajaan Parsi tidak akan pernah wujud lagi.

Setelah Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah dan setelah menetapkan Madinah sebagai ibu negara pemerintahan Islam, maka Rasulullah mengirim para sahabat baginda ke seluruh pelusuk dunia untuk menyampaikan ajaran Islam. Kebanyakan mereka menerima Islam dengan mudah kerana ajaran Islam itu sesuai dengan naluri atau fitrah kemanusiaan. Bahkan nilai-nilai ajaran Islam itu sangat agung dan tinggi serta sempurna dan menyempurnakan dari agama samawi yang pernah diturunkan Allah sebelumnya. Dengan demikian agama Islam diturunkan untuk seluruh umat manusia di dunia ini tidak mengira bentuk kulit, keturunan dan sebagainya. Wallahua`lam..

SUKEZ

Monday, February 5, 2007

beRgamBar seLepas soLat Raye aidil Adha 07...


Shazrie...wan....anip....ijat....topek


waLaupun kami keSejukan naMun masiH mAMpu teRsenyuM... besaRnyer pengoRbanan kami..ceh


usT paih beRsaMa Zaujah beLiau...aLfun Mabruk...! ngahaha..


ust Topek ~~ ust Paih


Lawanya Tuan juBah nieeh.. hehe..


ahLi baet bujang.... haaa.. controL2..


Antara AkSi chef profesIonaL ketiKa meMasaK... kagum tak? hehe..

Recent Posts