Saturday, December 27, 2008

Nama-nama Ka’abah dalam Al-Quran

Ka’abah : Dinamakan dengan Ka’abah kerana beberapa sebab.
Bentuknya yang bersegi empat di mana pada umumnya orang arab menyebut setiap rumah berbentuk itu dengan kaabah.

Dan juga kerana bangunannya yang berpisah dari bangunan-bangunan yang lainnya.
Kerana ketinggiannya dari tanah.



Al-Bait (rumah).
Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seseorang, “Masjid apakah yang pertama dibangunkan di muka bumi ini?”. Rasulullah menjawab, “Masjidil Haram”. Setelah itu masjid apa lagi?. Rasulullah menjawabnya lagi, “Masjidil Aqsa”. Kemudian Ali bin Abi Talib RA memberitahu, “pada awalnya hanya rumah biasa, namun ia merupakan rumah pertama yang dibangunkan untuk beribadah kepad Allah”.



Baitullah (rumah Allah)


Allah berfirman : “ Dan ingatlah, ketika Kami menjadikan rumah itu (baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, “bersihkanlah rumahku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, yang ruku, dan yang sujud”. (AlBaqarah 125)



Al-Bait Al-Haram (rumah suci)
Menurut Ibnu Jauzi, dinamakan dengan Haram kerana adanya larangan berburu dan mencabut pepohon di dalamnya, sehingga kesuciaannya terjaga. Dan kesuciannya itu meliputi seluruh tanah suci Mekah.



Al-Bait Al-Atiq (rumah pusaka)
Dinamakan demikian, kerana merupakan rumah pertama di muka bumi yang dibangun untuk menyembah Allah, dan kerana Allah telah menyelamatkannya dari hancur bencana alam. Rumah ini juga bermakna sebagai rumah yang bebas, kerana tidak pernah ada orang yang mengaku memilikinya kecuali Allah semata-mata. Sehinggakan barangsiapa ingin berniat menghancurkannya, maka dia sendiri akan dibinasakan Allah terlebih dahulu.

Qiblat


Allah berfirman : “Sesunggunya kami sering melihat mukamu menadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke Qiblat yang kamu sukai”.(Albaqarah ayat 144)








Banjir tahun 1941 bersamaan 1360 Hijrah

No comments:

Post a Comment