Sunday, December 21, 2008

Selamat tinggal Shasha..

Shasha telah kembali ke rahmatullah moga ditempatkan disyurga yang nyata. Shasha, perkenalan kita cuma seketika, pergimu tanpa diduga, sudah takdir yang maha kuasa, shasha pergi lebih awal dari aku, dan teman-teman seperjuanganku.



Teringat pada awal perkenalan kita semalam, sewaktu aku dan temanku topek baru selesai menunaikan solat maghrib di ruang tamu. Terdengar ijat baru pulang dari bermain futsal dgn membawa seekor anak kucing. Ijat cakap dia jumpa anak kucing tu terhuyung hayang macam kene todi di tengah-tengah jalan. Dia bawakla balik selepas memerhati kawasan sekeliling dan yakin dengan sebulat suara bahawa kucing itu tiada ibunya.


kucing tu diperkenalkan kepada aku dan topek. Tiba-tiba jer kami menerima dengan hati yang terbuka. (sebenarnyer tak setuju pon).



Setelah discan, Shasha baharom diberi nama. Bulunya cantik, matanya biru dan kecil, sepek macam org china. Itulah shasha panggilan manjanya..shasha sejuk..badannya menggigil..kami tak sampai hati nak mandikan shasha. Oleh itu, kami buatkan rumah untuk Shasha serta merta. Dengan ketangkasan ijat yang mahir dalam menggunakan kotak-kotak terpakai, rumah dibina tanda kasih sayang kami pada Shasha. Selimut Shasha untuk musim sejuk berkainkan baju bermutu dihadiahkan percuma. Shasha hadir dan duduk tersenyum gembira.



Aku sedar bahawa shasha seolah-olah takut pada awalnya. Mungkin shasha merasa asing bagi dirinya. Lama kelamaan dia mula berbicara, meeoow..meooow.. kata Shasha. Kami pelik..apa yang shasha mahu katakan. Dan kami cuba menjawab sapaan shasha meow..meow.meoww? selepas itu dia hanya berdiam diri begitu saja.


Kami berikan Shasha susu. Tapi Shasha tak mahu minum. Alangkah sedihnya bila melihat keadaan Shasha sedemikian rupa.. tubuhnya tidak henti-henti menggigil namun biarlah Shasha berehat dirumahnya sendiri.




Sedang aku ralik menjemur pakaian di ampaian. Aku terpandang Shasha.
Lena dibuai mimpi.

Shasha tidur sambil tersenyum..emm letih agaknya, bisik hati kecilku.
Kemudian aku lihat rakanku sedang rancak bermain game bola fifa.


aku pun join laaa aper lagik ahahahaha..^^
Tibe2..Shasha bangun dan maen game fifa jugak.
eh tipu laaa plak.
Dok.. masa tue Shasha tidur lagi..ahahaha...sshhhhhh jgn bising2 Shasha tgh tido.



Jam 2 pagi..

Dup..dup.dup..dup..Bunyi jantung shasha.. aku pegang shasha badan dia panas agaknye demam la tu kut. Aku yakin tadi Shasha letih dan kesejukkan. Mujur Ijat bawa dia pulang dan beri tempat yang selamat untuk berehat. Aku selimutkan shasha dan menutup lampu bilik biarlah shasha lena dengan selesa
aku kembali ke bilikku smula dan tidur..kroooooiiiih...korrriiiiiiiihh
bkn bunyi ku berdengkur..shasha rupenyer...eh bkn..kawan-kawanku rupenyer



jam 6 pagi..
aku agak terlewat subuh pagi tadi. Rasa bersalah dengan kelewatan itu..aku bingkas bangun dan menunaikan kewajipanku..kemudian setelah smuanya selesai aku terus mencapai selimutku dan tidur smula ekekekekeke..^^ (hari cuti la katakan)



11 pagi

terdengar azan zuhur berkumandang aaaaah.. biar btol??? kenapa aku tidur sedemikian lama? Acecececey..cam tak beser plak.
aku cepat2 bangun dan membetulkan kain pelikatku yang baru dibasuh akibat tertumpah yogurt suatau ketika dulu.



Fikiran mula teringat pada satu nama..


shasha?


hah.. aku teringat shasha..!!
aku berlari-lari..keluar dari bilikku..dengan langkah yang deras aku berlari-lari lalu jatuh terguling dan terus berguling-guling smpai ker pintu bilik kawanku
lantas membukanya. Mataku terus menangkap kearah rumah kotak Shasha..
perlahan-lahan aku mendekatinya..
perlahaaaaaaaa….haaaaan…
per
per
la
la
laaaaa
haa
aaaaaaaaaAAaaAAaa
aan
perlahan sgt ni
p
e
r
l
a
han.

perlahan..dan perlahan..membuka kotak itu.

Hatiku rasa lain..tapi aku tak mahu fikir yang bukan-bukan. Aku melihat Shasha..masih dalam keadaan tidur seperti semalam..
aku menyentuh shasha dengan tangan kananku
shasha..
shasha... bangun Shasha..
bangun zuhur dah ni…
terasa keras badan shasha
hati ku mula terasa sayu..aku cuba menyentuh kepala Shasha dan mengusapnya namun tidak mahu bergerak. Kepalanya masih tunduk kebawah ditutupi kedua belah kakinya. Badan Shasha kaku sejuk membeku..tubuhnya keras tidak lagi bernyawa. Sahlah bahawa Shasha telah pergi bertemu yang maha Esa. Airmataku tak keluar pun..
tp aku nangis dlm hati.Aku segera berlari keluar dari bilik. Berlari-lari..
jatuh..berguling...dan berguling2 hingga ke pintu bilik Topek. aku bg tahu dia berita tentang shasha dia pun terus meluru mendapatkan shasha yang telah terbujur kaku...


topek menggelengkan kepalanya menandakan rasa tidak percaya apa yang telah terjadi.
Kami teringat semalam sewaktu shasha meow2.. apakah yg shasha mahu beritahu pada kami..mungkin ucapan terima kasih kerana ajalnya sudah mahu hampir..
berterima kasih kerana kami menjaga dia buat sementara waktu sehingga dia pergi dengan keadaan yang smpurna.


Tetapi, kami berasa bersalah..kerana membiarkan shasha nazak berseorangan ketika kami asyik bermaen fifa. ah alangkah berdosanya..


Namun kami akur kerana dua alam hidup kita berbeza..shasha.telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam berhampiran masjid rumah kami. Bersemadinya Shasha meninggalkan segala bibit pertemuan yang tidak diduga. Tidak sampai satu hari kami mengenali shasha, akan tetapi hati ini akan tetap merinduinya
selamat tinggal Shasha...salam rindu.. dari kami sekeluarga..
Rumah Shasha* Tinggal kenangan~


Pandangan dari atas bumbung rumah Shasha


Luar rumah Shasha

10 comments:

  1. Al Fatihah...
    aku mengerti...betapa berat dugaan mu.....

    wakakaka!

    ReplyDelete
  2. tu gamba shasha baharom ker???ke gamba saper????

    ReplyDelete
  3. alaa..shahdunye la pemergian shasha nie..xpelaa..mungkin di syurga nnt dea leh la berkawan ngan ikan emas aku yg idup hampir2 2 hari tu..kire ade kawan laa..hahaha..

    ReplyDelete
  4. gmbar kucing tu lebih kurang shasha rupanya..>.<

    ReplyDelete
  5. :) Teringat Abyad'(kucing) ana..

    ReplyDelete
  6. ceh ingat gamba kucing tu gamba shasha...

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum..
    Errr.... (uhuk! batuk sket). Nak nanges ke nak senyum ni? Dalam dilema la pulak...

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah..

    penyayang penulis entri ni..=)

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:11 PM

    Ana pn ade pelihara kucing yg jumpe kt tepi jalan..Kucing OKU..kaki satu je boleh gune..tp..semangat nk idup tu kuat..sedih baca kisah Shasha..Shasha...semoga berbahagia di sana...=)

    ReplyDelete
  10. zuanzaqziq8:20 AM

    alhamdulillah.. baik btul hati enti.. kadang2 x smpai hati tgok kucing2 terbiar dan sakit..bgus la mcm tu.^^

    ReplyDelete