Sunday, November 16, 2008

Cinta tinggal di Madinah

Pada zaman Rasulullah dahulu, ada juga kaum muslimin yang berhijrah keluar dari madinah atas sebab-sebab tertentu. Tetapi apa yang aku ingin ceritakan di sini bahawasanya, terdapat kelebihan sekiranya diberi peluang untuk tinggal dan menetap di Madinah.

Ada satu kisah bahawa sewaktu ramai orang yang keluar Madinah menuju ke Yaman dan tempat-tempat yang lain, lalu Rasulullah bersabda, "Madinah lebih baik bagi mereka seandainya mereka tahu. Tidak seorang pun yang meninggalkannya kecuali Allah akan menggantikannya dengan orang yang lebih baik serta tidak pula seorang yang teguh atas kelaparan dan kesulitan hidup di dalamnya, kecuali aku akan menjadi syafaat dan saksi atasnya di hari kiamat". (HR.Muslim. Sahih Muslim)
Alangkah bertuahnya sekiranya dapat aku menetap di Madinah, dan beruntunglah siapa tinggal di sana sezaman dengan Rasulullah SAW. Sehinggakan pada suatu hari Rasululah bersabda, "Barangsiapa mampu mati di Madinah, maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan bersaksi bagi orang yang mati di dalamnya". Lantas diketahui oleh Umar lalu terus dia berdoa, "ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanMu, dan jadikanlah matiku di negeri RasulMu.

Betapa hebatnya kesungguhan para sahabat kerana mereka benar-bernar yakin dengan kata-kata Rasulullah dan mengambil peluang sebolehnya. Sehinggakan sanggup berdoa kepada Allah agar dimatikan ditempat yang mulia. Kita pula?? Tak nak ke doa macam tu?? sekurang-kurangnya tanam niat di hati la ye. Sendiri fikir.. masing-masing da besor^^

4 comments:

  1. sejuk tengok gambar madinah...

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:34 AM

    pada hari jumaat 30.4.2010 semasa menunggu azan sholat jumaat di Masjidil Haram, saya sempat merakamkan video kalimah Allah pada awan betul-betul di atas Kaabah. ingin saya kongsi bersama,.. tapi tak pandai nak download video .. mgkin ada yang boleh bantu.

    ReplyDelete
  3. enta try register youtube dlu.. di situ enta boleh upload video dgn percuma. nk jugak tgok video enta tu ;)

    ReplyDelete

Recent Posts