Wednesday, June 11, 2008

20 Petua Jangan

1.Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Melewat - lewatkan urusan Allah, kang Allah lewat2 kan hisab kite kat akhirat nti..kalau terlajak tidur, sedar trus solat ler.



2.Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.



3.Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.



4.Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.



5.Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki kurang (kerana pagi2
pintu berkat Allah terbuka luas untuk orang mukmin). Jangan byk tido..kang mati mata terbukak takleh tido dah..hehe.



6.Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.



7.Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. matak katak ler..



8.Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.



9.Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa. jgn asyik usyar awek arab jer..hehek..



10.Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.



11.Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.



12.Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. orang kiter ni, mintak maaf time raye jer.. isk2.. pastu time pkse..isk..isk.. umat..umat..



13.Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.



14.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.



15.Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dalam ketaatan kepadaNya dan memurahkan rezeki kita.



16.Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.



17.Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. korang sker ker klau org bohong kat ko..huhu



18.Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.



19.Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



20.Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab
semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. JANGAN LAGNGGAR HUKUM ALLAH...!!!

No comments:

Post a Comment