Friday, November 28, 2008

Untuk Sakinah (bdak kelas Form 5 sebaris meja aku)^^

Dek kerana cik kinah ni tanya lebey-lebey dalam shoutbox aku. Jadi aku bagitahu la apa yang aku tahu. Pertama sekali, kena jelas tentang apa yang dimaksukan dengan AURAT.
Aurat ni berasal daripada bahasa Arab, “Aurah” yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Firman Allah lagi yang bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat Allah ni memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat dan longgar. Dan suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman termasuk cik kinah.

Eh? Tapi aku pakai jeans takper plak kan?? Ha macam mana tu..

Sebab aku nie laki-laki.

Eh? Oo kiranya korang laki-laki boleh la pakai macam-macam???

Rilek…rileks…

Tujuan utama wanita diwajibkan menjaga aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Jadi, pakaian yang ketat walaupun tebal kompem akan menampakkan bentuk tubuh badan. Bagi aweks yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Cam lelaki pakai jeans ketat-ketat sampai nampak tulang kaki, tak rasa geli ker kalau teeeerrrtengok?? Haa sama jer la pun..tapi, yang lebih alim dan siqah tak payah la pakai macam tu kan. kirenyer aku nie tak berapa nak bagus lagi sebenarnyer hehe..jangan pulak aweks-aweks ni rasa tak berapa bagus terus pakai jeans selama-lamanya.

Kiranya Jeans ini dapat digolongkan dalam pakaian yang ketat dan mengikut potongan kaki.
Tak kisah kalau perempuan nak pakai pun..tapi ada caranya. Kebiasaannya bagi pelajar yang berada di luar negara mereka tidak dapat menahan kesejukan dan akan mengenakan jeans di dalam kainnya(pakai selua pastu pakai kaen). Maknanya bukanlah memakai jeans semata-mata. Hanya untuk menahan dari kesejukan sahaja.

kan cantik dan manis bila perempuan memakai kain bersesuaian dgn fitrahnya.. jadi berhiaslah dengan cara tuntutan syarak jika sudah tahu. Sebab kita dah belajar dan dididik tentang agama ni sejak awal lagi kan. Tak perlu kita samakan diri kita dengan orang lain. Cantik per..berkain seperti perempuan melayu warisan zaman silam^^ jangan la tiru mcm laki-laki. Nanti kalau perempuan semua dah pakai seluar, kitorang nak pakai apa? hehe.

Lainlah bersukan takkan pulak nak pakai jubah berlari dalam guni. Diharuskan memakai seluar dengan syarat riadhah itu sama-sama korang perempuan sahaja.

Bagi lelaki pulak, tidak dapat dinafikan lagi akan mengusyar aweks-aweks yang berseluar ini termasuklah aku. Jadi, aku nak menasihati diri aku serta kawan-kawanku yang aku kasihi agar menjaga pandangan mata kalian kerana Allah telah berfirman di dalam Al Quran :

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih (suci) baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan.” (Surah An Nur ayat 30)
Bersesuaian dengan itu ada sebuah hadith menceritakan :

"Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat aurat wanita secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi, “Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Kemudian ayat 31 surah An nur juga menceritakan bahawa Allah telah berfirman:

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(aurat) kecuali kepada suami mereka, atau putera-putera mereka……”

Renung-renungkanlah kembali ayat-ayat Allah..buka tafsir, semaklah hadith dan fahamilah. Jika ada kawan-kawan kita, adik-adik kita, ahli keluarga kita berpakaian yang tidak memenuhi tuntutan syarak janganlah memarahi mereka. Ajarilah mereka dengan penuh hikmah. Tunjukkanlah amal soleh kita dan berdoa agar mereka tergerak hati mengikuti jejak langkah kita.
Wallahualam…^^

11 comments:

  1. Bismillah.
    Salam...

    Saya suka cara awak explain ni.
    Doakan semoga terbuka hati sesiapa yang baca blog entry ni.
    Simple, bersahaja but bermakna.
    Takbir! :)

    ReplyDelete
  2. thx hazwan.isskkk...tp nye bkn slalu aku pakai suar..klu pakai pun ngnn baju yg labuuuh..smp lutut..jeans pun straight cut.and for sure la aku x pakai yg ketat2 tu kan..nway,thx alot ye..siap ade nama lg tu..
    sy pun suka cara awk explain ni.. =D
    btw,reunion smlm best..nk tgk pic tgk la kat fs aku.

    ReplyDelete
  3. bile aku da upload la..hehe..xleh upload skrg sbb tenet lembab nk mmpus.

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar.... hehe enon plak dah nama dia.^^

    ReplyDelete
  5. sama2..aku pun bukan bgus sgt.. tp apa yang aku tahu kite boleh smpaikan dan saling nasihat menasihati..adeh ..dah jadi budak baek dah aku nie.. ^^ nti aku nk tgok pic reunion ..cpt ler upload kinah

    ReplyDelete
  6. ko mmg bdk baik la.x ngaku plak..huhu..erm..dah upload..tp cam x jelas sgt la yg kat fs aku tu.kne resize ar.erm..kat blog alumni ihsan pun ade jgk pic..skali ngn report yg aku n nd buat..ko bc tau.smlm x psl2 aku kne jd admin utk blog tu skali.ade link kat blog aku.ko tgk laa..beeeessstttt...jgn jelesss..pastu..haa..xde dah..tgk la pic.tp smlm solihin yg byk amek gambar.mybe dea ade upload..k wan..selamat berjeles jelesan..huahuahuaaa...

    ReplyDelete
  7. salam..hihihihi..mantap ler ust..aa..syer nak tambah siket..tp pasal niqab laa..tp klu salah..harap betolkan;)....Mengikut Fatwa syeikh 'Ali Jumm'ah di dalam ktab fatwanya menyatakan niqab ini bukanlah satu perkara yang diwajibkan..dan ia adalah satu perkara adat didalam masyarakat arab.Dan bukan lah apabila org pakai niqab sahaja tergolong dikalangan orang yg 'alim ulama dalam agama.tidak ada kaitan langsung..Dan jangan terlalu taksub dengan niqab nie..coz kalau die menimbulkan perbezaan pada islam itu..akan menjadi masalah yg besar..OO..anita islam di asia x pakai niqab...yg belah2 arab pakai niqab..so islam ni berbeza lah..n mungkin akan direka2 oleh orientalis ISLAM adal;ah rekaan..coz terdapat perbezaan dalam syari'at..nak kata apa..niqab bukan syari;at..ia sebagai adat sahaja...tapi klu niqab ni dah jadi adat pada satu2 negara x mengapa..mcm mesir ker..saudi keeer...tp klu M'sia ttba pakai niqabb......eerm..so...tu jer kot..hanya pandangan dari AL Haqir wal Faqir Ila Allah™

    ReplyDelete
  8. syukran lilumansury bgus ada byk ilmu yg sy dpt dr enta arini^^

    ReplyDelete
  9. salam..
    saya ingin berkongsi ilmu..kalau ada salah dan silap..segala teguran diterima dgn lapang dada..insya Allah..

    Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalambersabda:
    ((سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي نِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ، عَلَى رُؤُوسِهِنَّ كَأَسْنِمَةِ البَخْتِ ، اِلْعَنُوهُنَّ فَإنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ))
    “Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan pundak (punggung) unta, laknatlah mereka karena mereka adalah wanita-wanita yang pantas dilaknat.” (hadith sahih).
    ingatlah, saudara wanitaku semua merupakan fitnah yg besar kpd lelaki spt sabda baginda Shalallahu ‘alaihi wassalambersabda:((فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ ، فَإنَّ أوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إسْرَائِيلَ كَانَتْ في النِّسَاءِ))
    “Takutlah pada dunia dan takutlah pada wanita karena fitnah pertama pada Bani Israel adalah pada wanita.” (hadith sahih).
    “Tidaklah berkumpul seorang lelaki dan wanita, kecuali Syaithan bersama mereka”. (H.R. Ahmad, Tirmidzi dan Hakim) .
    Tidak memakai wangi-wangian. Hal ini telah diperingatkan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam : “Sesungguhnya seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati kaum (laki-laki) bermaksud agar mereka mencium aromanya, maka ia telah melakukan perbuatan zina”. (H.R. Tirmidzi)

    ReplyDelete
  10. Wajibkah Menutup Wajah/Muka (Bagi Wanita)?

    Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud di atas, membuka wajah bukanlah suatu yang diharamkan malah dibenarkan. Memang terdapat sebahagian pendapat yang menyatakan bahawa menutup wajah adalah wajib (dengan membiarkan hanya mata yang keihatan). Maka, terdapat sebahagian wanita yang mempraktikkannya dengan mengenakan niqab (kain penutup yang menutup wajah dari hidung atau dari bawah lekuk mata dan ke bawah) atau purdah. Namun, menurut Syaikh al-Albani rahimahullah, menutup wajah dan kedua tapak tangan itu hukumnya adalah sunnah dan mustahab sahaja (tidak sampai kepada hukum wajib). (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 12)

    Beliau juga menjelaskan bahawa:

    “Dapat diambil kesimpulan bahawa permasalahan menutup wajah bagi seseorang wanita dengan purdah/niqab atau yang sejenisnya seperti yang dikenakan oleh sebahagian wanita zaman ini yang bersungguh-sungguh menjaga dirinya adalah suatu perkara yang memang terdapat di dalam syari’at dan termasuk amalan/perbuatan yang terpuji walaupun ianya bukanlah suatu hukum yang diwajibkan (ke atas mereka). Kepada mereka yang mengenakannya (menutup wajah) bererti dia telah melakukan suatu kebaikan dan mereka yang tidak melakukannya pula tidaklah berdosa.” (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 128)

    Ini adalah kerana terdapat banyaknya riwayat-riwayat yang jelas menunjukkan bahawa tidak wajibnya menutup wajah. Namun, terdapat juga riwayat-riwayat yang lain yang menunjukkan adanya sunnah terhadap perbuatan menutup wajah (bagi wanita).

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  11. betul..tu.. tp perlu rujuk juga dari kitab ulamak dan imam2 muktabar yang lain..selain AL BANI.

    ReplyDelete