Wednesday, March 19, 2008

Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Pagi ni ,selepas selesai hafalan al Quran..aku sja bukak tingkap bilik luas2 dan memerhati keindahan pagi tarikhnya kelahiran Nabi kita junjungan besar Muhammad SAW di tanah bumi ambia` ini... Tenang je rasa menghirup udara segar pagi2 ...burung2 sibuk berzikir dan berselawat ke atas Nabi.. langit mula cerah menampakkan sinaran di celahan terbitnya matahari.. tah napa pagi ni.. rasa btul2 seronok...Subhanallah...alhamdulillah... Allahuakbar...selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kekasih Allah penghulu segala Nabi...hingga ke akhir zaman..

12 rabi`ul awal Tahun Gajah ( 570 Masehi ) lahirnya seorang anak lelaki kecil yg bakal memimpin dunia.. dialah Rasulullah.. pahit getir perjuanganmu di lalui bersama para sahabat dalam membawa chaya kebenaran..sgguh cekal hatimu..sgguh tabah jiwamu melepasi apa jua rintangan..tingginya Akhlakmu sbgai ikutan ummah , sesungguhnya engkaulah Rasul mulia.

Ya Allah...terimalah amal kami.. seperti kau terima amal Rasulullah... dekatkanlah kami kpdaMu..seperti dkatnya Rasulullah.. terimalah taubat kami dan limpahkanlah rahmatMu kpda kami sesungguhnya Engkaulah Pemberi Rahmat dan Maha pengampun... amiiinnn...

haa...selawat byk2 ari nie...InsyaAllah..ada ganjaran dr Allah. tp jgn selawat takat arini jer.. tiap2 ari kalau blh.. duduk termenung tu tgh mikir masa dpn.. zikir2 dan selawatlaa dapat jgak pahala kan..lebih2 lagi ari jumaat berlipat ganda pahalanya tu. Malaikat2 pun akan mendoakan kita mndapat pengampunan dr Allah...InsyaAllah.....

Nasab Keturunan Nabi s.a.w

* Terdapat tiga peringkat bagi nasab Nabi s.a.w di mana satu peringkat disepakati oleh ahli sejarah dan salasilah iaitu salasilah keturunan baginda hingga kepada ‘Adnan.

* Satu peringkat lagi menjadi perselisihan di kalangan mereka di mana ada mereka yang menerimanya dan ada yang bertawaqquf (tidak mengambil sebarang pendirian), iaitu salasilah keturunan Nabi dari ‘Adnan hingga Ibrahim a.s.

* Peringkat seterusnya tidak diragui lagi bahawa ia memuatkan fakta-fakta yang tidak sahih iaitu salasilah baginda dari Ibrahim a.s hingga kepada Adam a.s. Kami telah menyebutkan sebahagian salasilah ini dan di sini akan dibentang secara terperinci tiga peringkat salasilah yang tersebut:

* Peringkat pertama: Muhammad bin Abdullah bin Abd. al-Muttalib (nama sebenarnya ialah Syaybah) bin Hashim (nama sebenarnya ialah ‘Amru) bin Abdu Manaf (nama sebenarnya ialah al-Mughirah) bin Qusay (nama sebenarnya ialah Zayd) bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr (yang digelar dengan gelaran Quraisy dan melaluinya dinisbahkan kabilah Quraisy) bin Malik bin al-Nadr (namanya ialah Qays) bin Kinanah bin Khuzaymah bin Mudrikah (nama sebenarnya ialah ‘Amir) bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma‘ad bin ‘Adnan.

* Peringkat kedua: Iaitu salasilah di atas ‘Adnan, iaitu ‘Adnan bin Ad bin Humaysa’ bin Sulaiman bin ‘Aus bin Buz bin Qumwal bin Ubay bin ‘awwam bin Nashid bin Haza bin Baldas bin Yadlaf bin Tabikh bin Jahim bin Nahish bin Makhi bin ‘Ayd bin ‘abqar bin ‘Ubayd bin Da’a bin Hamdan bin Sinbar bin Yathribi bin Yahzan bin Yalhan bin Ar‘awa bin Ayd bin Dishan bin ‘Aysar bin Afnad bin Ayham bin Muqsir bin Nahith bin Zarih bin Sumay bin Muzay bin ‘Audah bin ‘Iram bin Qaydar bin Ismail bin Ibrahim a.s.

* Peringkat ketiga: Iaitu salasilah di atas Ibrahim a.s, iaitu Ibrahim bin Tarih (nama sebenarnya Azar) bin Nahur bin Saru’ -- atau Sarugh - bin Ra‘u bin Falikh bin Abir bin Shalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh a.s bin Lamik bin Mutawshalakh bin Akhnukh (dikatakan beliau ialah Nabi Idris a.s) bin Yazid bin Mahla’il bin Qaynan bin Anushah bin Shith bin Adam a.s.

* Dipetik daripada buku Sirah Nabawiyah terbitan Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim)

No comments:

Post a Comment