Tuesday, August 29, 2006

JauLah maKam


Assalamualaikum warahmatullah..wabarakatuh..

hermm... baru2 nii.. aku der pegi jaulah sehari ke makam para auliya` dan syeikh di sekitar Mansoura hingga ker Dumyat nak jgak citer kat korang..aper pengisian tu..dgn mengenali dan menjejaki kesan2 peninggalan para anbiya` tuu..mudah-mudahan dpt menambahkan lagi thaqofah dan pengetahuan kita bersama... cam skima lak aku taip ni..heh~
jaulah ni dianjurkan oleh Dewan perwakilan Zaqziq.. so.. kne beri laa respon dan komitmen skit.. sbb bkn senang nak join secara berjemaah nih..rombongan kitorang nii ader laa dlm 30 org.. dan diketuai sorang syeikh yg menceritakan serba sedikit ttg sejarah para auliya`... aku dapat point pun tak bnyak.. tapi aku taip ape yg aku ingat jer laa eh...

*Makam Syeikh Mutawali Sya`rawi*


Kami bertolak awal pagi lpas subuh..dari zaqziq ke Daqadus di Mansurah menaiki 3 van..
cam biaser..pak arab tuh bawak van cam kat litar sepang... kami lebih rela tak tdo dlm perjalanan tu.. risiko laa...
kami tiba di satu kawasan kampung bernama Daqadus Markaz Mit Ghamr dlm pkul.. ntah laa aku x pkai jam pun.. tp pagi laa jgak..serba sedikit kisah mengenai Syeikh Mutawali Sya`rawi.. beliau dilahirkan pada 16 april 1911 M di Daqadus .pada awalnya pernah menjadi pensyarah Tafsir dan Hadis di kuliah syariah Makkah Mukarramah tahun 1951 M. kemudian diangkat menjadi pengurus Maktab Syeikh Al-Azhar Imam Hasan Makmun tahun 1964 lpas dari tu diangkat menjadi Menteri Urusan Agama dan Waqaf Mesir tahun 1976 M. beliau meninggal dunia pada hari rabu 17 jun 1998 dan dikebumikan di kampung Halamony Daqadus... syeikh ni pernah menjadi mufti mesir..tapi tak lama sbb dikatakan lantang menyuarakan pendapat...nak cegah yg mungkar pun dah susah skrang..
kne gam laa ..pecat laa itu laa ini la... tuuuuuuuuuuuuut...kang aku plak kne gam.. huh!

*Makam Muhammad bin Abu Bakar Al-Qursy*

berhampiran dgn makam Syeikh Mutawali Sya`rawi kami trus ker makam Muhammad bin Abu Bakar,
beliau ialah anak kepada Abu Bakar as-sidiq r.a dan ibu beliau Asma binti `Amis. Muhammad bin Abu bakar mempunyai anak bernama Qasim termasuk di antara salah seorang faqih ternama di Madinah Al-Munawwarah. Beliau diangkat menjadi wali Mesir oleh Ali bin Abi Thalib. dan tiba di mesir pd bulan Ramadhan tahun 37 H.
dibunuh oleh `Amru bin `Ash atas suruhan Mu`awiyah tahun 37 H...

* Makam Muhammad bin Jabir bin Abdullah Al-ansori*

dgn izin Allah kami kemudian bertolak ke makam yg seterusnya...di satu tempat Mansoura aku tak ingat dah jln ke sana..sebab masuk perkampungan Arab..cam biasa jalan tarak tar punya...berdebu muka nih.. pkai bedak free jer aritu..hehe..
Muhammad bin jabir ader kisahnya yg tersendiri...aku kne citer slow2.. takut korang tak phm sbb aku nyaris tak phm langsung sejarah ni... alhamdulillah.. aku citer gne ayat ringkas jer..
Ayah beliau adalah jabir bin Abdullah bin Al-Ansori.. datuk beliau(al-Ansori) adalah di antara 70 org yg menyaksikan bai`ah uqbah kedua... per maksud ba`ah tu? "perjanjian...."yg di buat pd zaman Rasulullah SAW dlu..
Muhammad bin jabir adalah salah seorang yg telah dhidupkan kembali dgn mukjizat Rasulullah dgn izin Allah. kisahnya begini...suatu hari ayah beliau Jabir bin Abdullah berkata kepada isterinya: "aku melihat dari gambaran wajah Rasulullah,beliau dlm keadaan lapar..apakah kamu memiliki makanan?"
berkata isterinya:"satu sok gandum dan kambing betina" kemudian isterinya menyembelih kambing tu..Jabir mempunyai 2 org anak bernama Muhammad dan Said..salah seorang dari mereka berkata: "apakah kau ingin ku tunjukkan bagaimana ibu menyembelih kambing?" maka disembelihnya saudaranya itu..dlm keadaan takut dia lari lalu jatuh ke dalam api.. aku x tau la siapa yg kne sembelih tu..tapi kedua-duanya mati. Melihat kejadian itu,si ibu meletakkan anaknya disudut rumah sambil sabar dan terus menyiapkan makanan utk Rasulullah. Ketika datang Rasulullah, baginda meminta izin terhadap Jabir agar memanggil anak beliau makan bersama baginda. Lalu isteri Jabir mengkhabarkan kepada baginda Rasulullah apa yg telah berlaku..Langsung Rasulullah memanggil kedua-dua anak Jabir itu.. dan hidup kembali atas mukjizat Nabi Saw.. anak Jabir yg bernama Muhammad itu lah yg tlah dihiupkan kembali dgn izin Allah.. Muhammad bin jabir bin Abdullah bin al-Ansori meninggal dunia pada tahun 95 H dan dikebumikan di kampung Olelah Markaz Mit Ghamr.


*Makam Syeikh Jadal Haq Ali Jadal Haq*

Seterusnya, aku dan ahli rombongan yg lain menuju ke Muhafazah Daqliah di sebuah kampung antara Mansoura dan Dumyat. Di sini terbinanya satu makam iaitu makam Syeikh Jadal Haq Ali Jadal Haq.Beliau lahir pada tahun 1945 dan berjaya mendapat B.A dari kuliah Syariah Al-Azhar kemudian mendapat syahadah ~alamiah beserta ijazah Qadha Ali. seterusnya bekerja sebagai Qadhi. beliau dilantik menjadi mufti Mesir pada 26 Ogos 1982.


*Makam Abdullah bin Salam*

Makam yang terakhir kami ziarahi ialah makam Abdullah Salam bin Salam bin Harits. Beliau berbangsa israel dari keturunan nabi Yusuf bin Yaaqub. Nama sebelum islam ialah Husnain kemudian Rasulullah menukar menjadi Abdullah. Beliau masuk islam ketika Rasulullah sampai ke Madinah dan termasuklah salah seorang dari sepuluh orang yang dijanjikan masuk syurga...meninggal dunia pada tahun 43 hijrah dan dikuburkan di Kafr Amir di Markaz Sanbalawen...jalan ke kampung ini mengambil masa 2 jam lebih dari Mansoura melalui kawasan perkampungan dan pemandangan bendang gandum menemani sepanjang perjalanan kami...

Selain menambah pengalaman serta pengatahuan eh skima nyer aku..huhu.. aku harap korang dpt tau jgak la serba sedikit ttg sejarah dan di mana terletaknya makam2 para auliya` ini.. selain makam Imam mazhab kita, Imam Syaf`ie di kaherah, makam husain dan bnyak lagi sbnarnya makam anbiya di mesir ni... cuma aku x berkesempatan utk berziarah kesana..ader rezki insyaAllah pergi...

Kami pergi ke makam bertujuan ziarah dan bertawassul..apeer tu bertawassul? berdoa hanya kpd Allah dgn berkat nabi2,imam,syiekh dan para auliya` ini...utk memohon hajat,redha dan rahmat dari Allah SWT.

Ruj:
MailulKharatilMalmusah :m/s207 Tahzibut Tahzib Jilid 5 :m/s 54 dan 55
Bidayah wanihayah Jilid 4: m/s 291
Al-Azhar Zami`an Wa JAmi`atun : m/s 344
Salsilah Bu`us Islamiah
Nailul Khairatil Malmusan : m/s201

No comments:

Post a Comment