Tuesday, November 27, 2007


Assalamualaikum. izayyukum? amel eh..... ???munzu zaman mush syufak!!
lme sgguh ku tak siggah blog yg sudah bersawang nie..tulaa, org ade blog nko pun smer geli nak jgak hahah..
pastu nk update semggu skali pun liat.. upenyer susah gak nk mnjaga benda alah nie..whatever it is...msti kne der minat
tuk berceriter, menaip dan slalu membuat pembaharuan kan?ek eleh membebel plak.
dlm x sdar,akhirnyer sdar jgak wuuu..da sebulan aku kat mesir.. ritu balik cuti rse cam skjap jer. ey dol,4 bln cuti skjap aper!
huhu,atleast dpt jgk beraya with my beloved family,Allhamdulillah...^^
beraya sakan aritu mne tak nyer da lme x jupe sanak saudara..ramai gak la spupu2 aku yg da kawen. balik jer kampung secara autonyer bertukarlah
nme aku dari "wan" kepada pakngah apis! heheh makin tua laaa gamaknyer..
erm... one thing that i am still missing and wishing that there are still times and chances to do it is
meeting all my old good friends. tapi tu laa dodol sangat ku ni.ade jer kwn2 ajak dtg umah,aku plak yg sebuk kerja wuu sedey2.
tapi memang berbaloi balik Malaysia,smua aku da merasa.. mkn sedap2 ikan patin msk tempoyak tuuuw...kne kompaun MPK, saman trafic ha`ah bgus la tuh!

but anyhow i`ve enjoyed myself at the moment. yela..mak aku kjut bgun sahur..berpuase dkt tempat asal aku.. berbuke plak dgn kluarge.
seronooook....smpai mak dgn akak aku marah coz berat bdan diorg tak turun puasa thn nih.mner taknyer mkn ikut slera abg apis heheh..
aper2 pun korang yg de kat mesia tuuu..berbuat baik laa pda mak dan ayah korang.slalu laa tepon diorg. ni bile da jauh bru korang tau betapa tunggang langgangnyer idop.
skali skla wat laa lawak ngan diorang kompem diorang igt smpai bile2 percayela...

yg gamba sblah nih adik bongsu aku.. kami pggil dia "deb" haha nk tergelak jer dgar..kata asal debab.
tiap tahun dia membesar dgn jayanyer.. sme dgn adikku yg nombor tiga tuh,maen ragbi smpai kemek2 idung.ikut awoklaa.. jgn jd cam abg die.. susah nk membesar, dr kecik smpai skang hok tu lerr..ketot ajer.. ish cam rase perli dri sendri jer ni.. iss..iss..sadis.









hermm dalam aku berseronok.. ader jgak brite sedihnyer..result da kuar.tp thn depan aku repeat paper aku smula..dah ku cuba wat yg terbaik
mungkin bukan rezeki aku thn ni..hubungan aku dgn 'seseorang" terpaksa berakhir atas sebab2 tertentu... Alhamdulillah aku pulang dgn slamat ke bumi ambiyak utk meneruskan perjuangan aku smula..dah2 jgn sedey2..







Monday, November 5, 2007

dusta

Suka berdusta - Warisan Yahudi turun temurun



SIRI 9
(SURAH AL-BAQARAH)
AYAT 80
Terjemahan
``Dan mereka berkata: ``Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu''. Katakanlah (wahai Muhammad): ``Sudahkah kamu menerima janji daripada Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu ketahui?''

Tafsiran

Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa orang-orang Yahudi berkata: ``Dunia ini hanya 7000 tahun, sedang kami akan diseksa pada tiap-tiap seribu tahun itu hanya sehari, jadi kami akan diseksa hanya tujuh hari''.

Selain daripada itu, orang-orang Yahudi turut berkata: ``Kami tidak akan masuk ke dalam neraka kecuali empat puluh hari, kemudian digantikan oleh orang-orang lain iaitu Muhammad dan sahabat-sahabatnya''. Maka dijawab oleh Nabi Muhammad s.a.w. sambil menunjuk kepada mereka: ``Bahkan kamulah yang kekal selamanya di dalam neraka, tidak digantikan oleh sesiapa pun''.

Abu Hurairah berkata: ``Ketika telah dikalahkan daerah terakhir kaum Yahudi iaitu Khaibar, Nabi Muhammad s.a.w. telah diberi hadiah berupa daging kambing yang beracun. Kemudian baginda menyuruh para sahabatnya untuk mengumpulkan orang-orang Yahudi yang ada di daerah itu.

Setelah mereka semua berkumpul, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada mereka: ``Siapakah ayahmu?''. Maka dijawab oleh mereka: ``Fulan''. Nabi s.a.w. bersabda: ``Dusta kalian semua, sebaliknya ayahmu fulan''. Jawab mereka: ``Benar engkau''. Kemudian Nabi s.a.w. bertanya: ``Jika aku bertanya kepadamu apakah kalian akan menjawab dengan benar?''. Jawab mereka: ``Ya, hai Abul Qasim, bahkan jika kami berdusta engkau akan ketahuinya sebagaimana engkau mengetahui ayah kami''.

Lalu Nabi s.a.w. bertanya: ``Siapakah ahli neraka?''. Jawab mereka: ``Kami akan tinggal sementara sahaja, kemudian kamu menggantikan kami di dalam neraka''.

Maka sabda Nabi s.a.w.: ``Kecewalah kalian, kami tidak akan menggantikan kalian untuk selamanya''. Kemudian Nabi s.a.w. bertanya pula: ``Apakah kalian jika aku tanya akan menjawab dengan benar?''. Jawab mereka: ``Ya, hai Abul Qasim''.

Nabi s.a.w. bertanya: ``Apakah kalian meletakkan racun dalam daging kambing ini? Apakah yang menyebabkan kalian berbuat begitu?''. Jawab mereka: ``Benar, kami ingin mengetahui jika engkau berdusta maka matilah kamu, tetapi jika engkau benar Nabi, maka tidak berbahayalah kepadamu''. (Riwayat Ahmad, Bukhari dan An-Nasai).

Sebab-sebab turun ayat

Diriwayatkan oleh At-Thabrani di dalam kitabnya Al-Kabir, demikian juga Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim daripada Ibnu Ishaq daripada Muhammad Bin Abi Muhammad daripada Ikrimah atau Said Bin Jubair yang bersumber daripada Ibnu Abbas: Dikemukakan bahawa sewaktu Rasulullah s.a.w. sampai ke Madinah, kaum Yahudi berkata: ``Umur dunia ini tujuh ribu tahun. Manusia diseksa tiap-tiap seribu tahun dari hari dunia ini hanyalah sehari di hari akhirat. Maka jumlahnya hanya tujuh hari, dan setelah itu putuslah seksaan itu''.

Maka Allah turunkan ayat 80 ini sebagai bantahan dan peringatan kepada orang-orang yang menganggap dirinya lebih tahu daripada Allah s.w.t.