Tuesday, September 26, 2006

Ta`aruff...

My Personal Details…

Hazwan Hafiz bin Abdul Jalil
Katil Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan Kuantan,Pahang
25 Jun 1986
Abdul Jalil Bin Abdullah
Halimah Bte Mat
Anak kedua ,4 adik beradik
Nur Fadhilah Bte Abdul Jalil
Muhammad Aiman Bin Abdul Jalil
Muhammad Amir Bin Abdul Jalil

PENDIDIKAN
Taski 1 hari lari balik rumah
Tadika Kemas Taman Tas
Maahad Tahfiz Quran Pengkalan Udara
Sek.Ren.Kebangsaan Pangkalan Tentera
Sek.Men. Agama Al-ihsan Kuantan
Kulliah Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar ,Pekan
Universiti Al-Azhar Asy-Syariff Bii Zagazig

KEDIAMAN
Taman Tas
Ulu Dong Raub
Ulu Cheka Jerantut
Temau Dong
Taman Muhibbah Raub
Kuartes Pangkalan Udara Kuantan
Taman Pandan Damai Kuantan(sekarang)

ALAMAT
No.8, Lorong 2/13 Taman Pandan Damai ,Jalan Gambang 25150 Kuantan Pahang Darul Makmur

No.6, St.Al-Haj Ali Hijazi Hayyu Zuhr Kafr El-Zend Zagazig City Syarqea Arab Republic Egypt

Students Complex Pahang State`s Hostel, Tooba El-Ramly Haiyu Asyir,Nasr City Cairo Egypt




Friday, September 22, 2006

AQiQah..


Salam smua..
Hari nih 22 September 2006 genap setahun aku di Mesir..tup tap tup tap.. rase cam kjap jer..heeiissh x sabar tul masuk kuliah thun 2 nih..heermm.. aku mengharapkan satu perubahan yg lebih baik berbanding thun seblumnya utk belajar di kuliah nanti.. x mcm dlu.. rajin gak tuang kelas..tuang kopi wat minum petang2 eheh. paham? tak? x phm sudah! Haha..


Tringat lagi aku maser mula2 smpai zaqziq nih.. biler jejak kaki ke kuliah.. dak2 baru cam aku nih mmg tiap2 hari kner ta`aruf. Ader laa dkat 3 minggu..huhu letih tol. Asyik soklan yg sama jeerk. Enta miniin? Enta sakin faenn? Ismek eh.?ma ra`yuk misr ya sadiiq..? saboo jer la..
Rasa nak jer wat skima jwapan tmpal atas muka nih,.snang cite.
Tapikan, biler ta`aruf tuuu dpt jgak aku blaja serba sdkit bhsa pasar diorang nih.
Aku tringat ader skali tuh…mase tu aku da malas giler nak layan sorang arab nih..dia punyer laa smangat nak tau nma aku..aku pun bg tau laa nama aku macho hahaa.. smpai laa ari nih..dia pggil aku macho ngeh3.. syok nyeeew..huhu..

Eh lari lak tajuk asal nih.. sebenarnyer nak bg tau smlam ustaz Abdullah merangkap pengetua aku di kuliah dlu.. hadir ke bumi Mesir bersama rombongan student baru.. waa.. lama tul x juper beliau.
yang besshnyer ustat loh sudi hadir ke umah aku di zaqziq nih sebab aku serumah ngan anak dia ijat. Alang2 ustat sruh beli seko kambing jenis kharuf dan kami adakan skali kenduri aqiqah sebab ijat dpat adik baru..berterabur btul ayat aku nih.hehe…
masa ahli bait aku sambut ustat di mator kaherah sempat gak laa aku duk seharian berdua ngan kambing kat umah ni…huh.
Kambing ni tambat kat balkoni umah aku berketinggian tingkat empat.Tapi satu yg peliknyer.. kambing nih baek …senyap sopan je.. pemalu plak tue.... risau gak duk berdua nih hehe.. mna laa tau.. kambing nih anak dara lg keer..hik3..kner cekup tangkap khalwat lak..haha..

Mmbbeeeekkk….mbbeeeekk.. klo da kambing tuh mengembek jgak laa.. huh!!! Puas da aku suh dia diam.! mcm2 aku da bg mkn.. susu.. gargil.. milo.. Segan gak aar jiran2 arab nih..dgar bunyik kambing..huhu..walau paperpuuun aku menjadi penternak kambing yg berjaya hari tuh, hampeh.

Kenduri nih.. memerlukan tenaga kerja yg ramai…jd sahabat2 aku dri kaherah mansourah,tanta..ader yg dtg mghulurkan bantuan .. setibanya ustat loh ke umah kami pagi tu.. terus sembelih kmbing dan kami lapah dgn mengunakan tujuh bilah pisau, 3 kayu alas potong daging, 1 batu asah yg reput, 2 talam, 7 beg plastik smpah.. 3 tikar mengkuang.. eheh aper lagi eek?? Huhu kasi detail laa skit… bru nmpak panjang posting aku nihh haha…
Heermm haaa barang tuk masak lak.. aku der beli kat suuq kubri 2 kilo basol… 2 kilo tomatem.. 3 kilo khiar, sekilo lobak, 3 kilo lahm ba`ar, sekilo shattah.,3 kilo batotish, angkat smpai nak tercabut tgn smua tuh.huhu..
Mmg seronok klu wat kenduri2 mcm nih… potong bawang ramai2.. nangis ramai2.. ngumpat2 skiiit.. eheh..weh ingat dak pompuan jer ker yg leh wat camtu??hahaa.. 2 periuk beso bersama penutupnya skali yg telah dibersihkan terlebih dhulu.., 2 dapur… 2 tong gas, satu senduk kemek. Polisterin..plastik mkanan.. haa aku rse dlm 33 sudu digunakan tuk kenduri tuh..beserta air sirap yang dibancuh secara berhati2…hihi…

Lpas maghrib dlm pukul 8 mlm,tetamu mula hadir ke umah kami..seperti, exco zaqziq,sahabat2 muadalah..serta kawan2 dari pelbagai negeri ,ceh.. skima nyew..
Bacaan tahlil dan doa selamat…dbwa oleh ustat loh,selepas solat isya` secara berjemaah kami menjamu selera…cam beser pas mkn kenyang alhamdulillah.. syukur x terhingga majlis berjalan dgn lancar…suasana ceria.. kwn2 ramai lepak umah aku.. hari tuu.. tapi skang da balik.. tiggal aku sorang jer.. isk..isk.. kemas dapur..isk..isk.. sedey2..
Selama sehari setengah ustat loh bersama kami disini…. Lepas gak laa rindu ijat kat abi dia..heeeiiisshh.. jeles tol aku huhu…
Aku berharap ustat slamat smpai ke Malaysia pada hari ahad 24 haribulan 9 nie…insyAllah…



Thursday, September 14, 2006

lelaki


~KhaS BuaT InSaN BerGeLar LeLaki~

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya,
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & puasa? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya,
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika kau tidak menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya,
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas. Kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya,
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki, sayangilah ibumu. Nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa krn ibu juga insan biasa yg x lepas dr melakukan dosa. Selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.Firman Allah S.W.T;"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."Wallahu'alam...

Saturday, September 9, 2006

HafLah

alfun mabruk kepada ust.Mizi dgn zaujah beliau ustazah Masliza..selamat pengantin baru...

Assalamualaikum pembuka bicara…

Firstly, ari ni aku x berape sihat..haaaaashhhiiiuummmm…!!!!! srrreeet… hah.. dgar tak aku terbesin td? Huhu.. ermm..seminggu nih aku keje truk gak ulang alik dari zaqziq ke kaherah angkat tuh angkat nih..tlong kengkawan aku pindah umah dan angkat barang BKMIP di sana. Setel angkat barang aku balik zaqziq terus sbb kne panggil mesyuarat.. peeerkhh rase cam org penting jeer skang huh. Mesyuarat pasal majlis walimah ust Tarmizi dan zuajah beliau ustazah Masliza. Kire senior2 aku laa nih.

Abis mesyuarat aku turun kaherah balik esoknya..utk tolong penyedaian makanan dan jamuan dlm majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pahang (MAT) di Asyir. mmg tak terurus langsung pemakanan aku selama seminggu nih..makan asal sempat jer..kekadang tu de gak mikir ader zaujah best gak kan? Leh laa.. sedia mkn2 aper ker.. Eheh… gatai ang niih!!!!
Mesyuarat MAT tu dua hari jer.. 4 haribulan utk hewi dan 5 haribulan utk buang undi bg melantik YDP dan exco baru bg sesi 06/07 .

Aku x sempat join msyuarat tuh smpai abis sbb ptg tu aku kne balik zaqziq secepat mungkin..aaaarhhg bosan tol duk dalam tramco..nasib laa topek ader skali ikut aku balik ari tuh ader gak laa nak borak2 tuu… borak? Borak apekebendenyeer…. Dia bahan tido spanjang perjalanan tuh !!! eeeeee…sabo jer la.. wehh pssst..pssst. tapikan ader awek arab duk dpan aku hari tuh. cun memang cuuuuuun…huhu..

Karooik..kroiik kiuuk..kiuuk kedek.kedek.. kuuuurrrr..kuuuur.. haaa…dgar tak bunyik aper tuh? tuu bunyik perut aku laa.. hehe.. btul aku ckp mmg lapo tul aku hari tuh.. tringat ayam kicap dan udang goreng berlada mak aku masak dulu… isk..isk.. sedey tol..
Pukul 6 lebey aku smpai ker Mauqif Mansoura di zaqziq tu laa nm kampung tempat aku menetap skang. Kire2 klu nak p mansoura tu amik masa 2 jam lagi dari sini. Abis solat maghrib aku bersiap utk p umah ust mayan pengerusi DPM Zaqziq tuk mesyuarat bg persediaan terakhir sblom majlis tu. Lebey kurang sejam jer..pastu tlong wat bena tuk pelamin majlis tu nanti..maen tampal2 kertas syok gak. tapi masuk jer bab menghias n wat rambu ramba tuuh failed trus..! maklom laa smua ikhwah dkat sini.. skoda2 jer laa..ader laa dkat kul 3 pagi aku bru tdo hari tuh. Masyghul…masyghuuuuul….ta`ban awi aku mlm tuh.




Malam 06.09.07

Ha.. sblom aku terlupa majlis yg kitorang buat nih adalah majlis mega iaitu walimatul urus,aqiqah dan haflah najihin iaitu majlis kesyukuran bg meraka yg najah.ini merupakan majlis penutup DPM bg tirai 05/06
Yg bestnyer ader lembu akan ditumbangkan sekor…beso lak tuh.!
Lepas isyak rmai gak student kita turun mlm tuh utk sembelih lembu dan proses melapah-lapahkan daging lembu trsebut.. adees tatabahasa da kureng skang nih..
Kirenya gotong royong abis laa mlm tuu fuyooo mmg sronoook ckap kaaau….haa. Aku dan 2 org member lg lapah bhagian kaki lembu shja ader dkat sejam ishh.ish.. lama tul ! mcm2 aksi ader mlm tuh..dgn pisau tumpulnyer.. kne flying kick dgn lembu..pastu rmai gak menangis potong bawang mlm tuh haha…
Biler smua da siap..dak2 nih balik.. cuma tggal utk memasak jer lpas subuh sok.

Tgh ari 07.09.07

Majlis berjalan dgn lancar tetamu dari kaherah,mansoura,tanta,Damanhur dan iskandariah juga turut hadir..sama ada ikhwah dan akhawat.
Meriah tul hari tu seperti di Malaysia rasanyer. Heermm time tgok ust mizi pkai baju melayu lengkap bersampin bdak2 nih berangan jerk masing2 nak kawen haha..tidak terkecualilah aku..?????...?????..??!!
majlis abis dlm kul 5 ptg…aku bersyukur kerana smua berjalan dgn lancar walaupun ader kelemahan dan kekurangan yg aku nmpak sepanjang majlis berlangsung.

Pagi 08.09.07

Aku demam,sakit tekak,pecah lidah, selsema, hingga laa skang nih..ya Allah ya Rahim…berikanlah nikmat sihat tubuh badan pd hamba mu ini.. amiin..
Wassalam..